LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (2015)
1) En. Mohd Taufik B. Abdul Rahman
2) Pn. Salinda Bt Kadri
3) Pn. Siti Fadhilah Zahari
4) Pn. Sugunah
5) Pn. Nurdiana Bt Aminuddin
Laporan:
- Pengerusi Majlis : En. Mohd Taufik B. Abdul Rahman
- Bacaan Doa : Muhammad Abu Bakar Ash-Shiddiq Bin Mohd Mahzan
- Ikrar Rukunegara : Muhd Kamarul Hisham Bin Kamaruzzaman
- Ikrar Sekolah :Farah Wahida Bt Azian
- Ikrar Jalanraya : Muhammad Syamil Hafiz Ahmad Mohzir
Sesi perhimpunan pagi Isnin minggu ke-2 bermula |
Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas |
Bacaan doa oleh pengawas bertugas |
Amalan guru penyayang oleh guru yang bertugas di pintu pagar sekolah |
1)Mengulas tema minggu ini iaitu 'Menepati masa'
2)Mengaitkan tema dengan cara murid-murid menepati masa untuk menghadiri waktu
kokurikulum iaitu murid wajib hadir pada pukul 2.30 petang
3)Beliau juga menceritakan sejarah unit beruniform pengakap dan bersoal jawab dengan murid
Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas:En. Daud Aris
1) Memberi amaran kepada murid-murid yang datang lewat selepas jam 7.30 pagi tidak
mengulangi kesalahan yang sama
2)Meminta murid menyampaikan pesan kepada ibu bapa supaya tidak meletakkan kenderaan di hadapan pintu pagar masuk kerana menghalang laluan kereta-kereta guru
3)Murid juga diminta berjalan mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan
4)Murid juga perlu menjaga kebersihan tandas seperti menjaga kebersihan tandas di rumah
5) Murid juga perlu menjaga duit belanja masing-masing dengan lebih berhemah kerana banyak berlaku kehilangan duit
Ucapan GPK Pentadbiran:En. Mohd Azmin B. Atan
1)Menasihati murid-murid supaya menumpukan pembelajaran terhadap guru di dalam kelas
apatah lagi khasnya murid-murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.
2)Murid-murid juga perlu mendengar kata ibu bapa dan guru untuk mendapat keberkatan ilmu.
Majlis perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.
Laporan disediakan oleh:
Pn. Salinda binti Kadri
Guru bertugas Minggu ke-2 ,2015
No comments:
Post a Comment