Wednesday, September 10, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE 29 (SESI PAGI)

 Nama Guru Bertugas:

En. Mohammad Rizwan bin Mat Rifin (Ketua)

En. Tuan Asri bin Tuan Deraman 

Pn. Diana binti Mohd Yusoff

Pn. Norhalida binti Ishak


Tema: Kesetiaan

Pengerusi Majlis Qisya Izzahra

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri dan lagu sekolah

Bacaan doa dipimpin oleh Putera Ilham

Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Qisya Izzahra



Ikrar Murid dipimpin oleh Hannis Thahirah


Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Helmi:

Hari Bicara Akademik fasa 1/2025 minggu lepas, murid-murid diingatkan jangan bersikap sambil lewa setiap tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan sekolah itu adalah amanah sebagai seorang murid. Sentiasalah menjadi anak yang baik kepada ibu bapa. Jangan sesekali derhaka kepada ibu bapa. Setiap teguran dan pesanan oleh ibu bapa itu adalah untuk kebaikan masa depan.

Ucapan guru bertugas minggu ini Cikgu Mohammad Rizwan bertemakan "Kesetiaan".

Kesetiaan adalah tentang sifat dalam diri yang lahir dalam diri iaitu sifat kejujuran. Contoh kesetiaan sebagai seorang murid adalah siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru, jangan bising dalam kelas dan jika jumpa guru bagi salam. Murid-murid diingatkan sentiasa menunjukkan kesetiaan kepada guru-guru dan kawan-kawan



Ucapan pentadbir oleh GPK Pentadbiran, Pn. Rosmah binti Jamat

Murid-murid diingatkan sentiasa menjaga kebersihan sekolah terutama kebersihan tandas. Terdapat laporan tandas murid lelaki ada bekas makanan dan minuman telah dibuang ke dalam lubang tandas. Ini adalah sikap yang sangat tidak baik. Murid-murid mesti sentiasa menjaga keceriaan tandas supaya tandas sekolah berfungsi dengan baik.

Hari Bicara Akademik minggu lepas, kawalan murid Tahun 5 sangat berdisiplin. Sikap dan adab ini harus dicontohi oleh murid kelas lain.


Perhimpunan tamat pukul 8.00 pagi dan murid masuk ke kelas untuk sesi PdPc. 





Tuesday, September 9, 2025

PROGRAM KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2025

 Pada 9 September 2025, selasa - Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Unit Hem melaksanakan Program Kempen Hentikan Buli Dan Gangguan Seksual bagi ses pagi dan sesi petang. ceramah disampaikan oleh Sub Inspektor Mohd Razuwan Bin Muharan dan Sarjan Rossidan Bin Talib serta Pn. Shurainee Hanim Bt Mohamad Nor .Kementerian Pendidikan Malaysia sangat menekankan perlaksanaan program kesedaran buli dan seksualiti di seluruh negara. Dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita perlu melahirkan kendiri murid yang berkualiti. Kendiri murid sangatlah penting untuk menghasilkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Salah satu langkah awal adalah dengan mendedahkan murid dengan kempen hentikan buli dan gangguan gejala buli seksual. 

OBJEKTIF

  •        Memberi pendedahan dan kesedaran mengenai buli dan pendidikan seksualiti.
  •        Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah murid.
  •        Memberi kesedaran awal dan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid

Buku Program : klik di sini - https://anyflip.com/rukoe/ebai/





































 


Saturday, September 6, 2025

HARI BICARA AKADEMIK FASA 1 SK PULAU MERANTI 2025

Pada 4 September 2025 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik (HBA) kali pertama bagi sesi 2025 bagi murid Prasekolah hingga murid Tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan dan pencapaian prestasi akademik murid.

Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.


Objektif Hari Bicara Akademik;
  • Penyerahan pelaporan PBD Fasa 1 kepada waris
  • Membincangkan perkembangan pembelajaran anak-anak
  • Peranan dan tindakan waris
  • Mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid
  • Dapat suaikenal antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid.

                HEBAHAN INFO HARI BICARA AKADEMIK



LENSA KAMERA