Wednesday, February 9, 2022

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL AJK TERTINGGI UNIT KOKURIKULUM SESI 2021/2022

Majlis ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Pulau Meranti. Majlis ini melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi bagi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan. Tujuan utama penganjuran Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua murid yang telah dipilih memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Oleh yang demikian, Majlis ini khususnya dirancang untuk memberi penghargaan dan motivasi kepada murid agar sentiasa meningkatkan kemahiran dalam kepimpinan dan menambah pengetahuan pengurusan sesuatu organisasi pada masa hadapan.


RASIONAL

Matlamat majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua pelajar yang dilantik sebagai AJK Tertinggi unit kokurikulum atas komitmen dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.


OBJEKTIF

  1. Memberi penghargaan kepada semua murid yang telah menjalankan tugas.
  2. Memberi motivasi dan keyakinan kepada murid sebagai persediaan untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.
  3. Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid dalam menghadapi tugas yang diamanahkan.

 

SASARAN

168 orang murid yang terdiri daripada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan serta Sukan dan Permainan. (Murid Tahap 2)

 

ANJURAN

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti


LENSA KAMERA


















Monday, February 7, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI PENGGAL 3 MINGGU KE-47, 2021/2022

 

TARIKH        : 7 - 11 FEBRUARI 2022

MINGGU       : KE-47

KUMPULAN  : KUMPULAN 4 (SESI PAGI)

GURU BERTUGAS:


            Cikgu Nordin                                    Cikgu Khiril
        Cikgu Diana                                   Cikgu Azmah                      Cikgu Rabiatul  

     TUGASAN SEPANJANG MINGGU:

1. Memantau pergerakan dan memastikan murid mengambil suhu  di pintu pagar utama              sebelum masuk ke kawasan sekolah.

2. Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan di kantin pada  waktu rehat.

3. Mengawal perjalanan murid hingga ke pondok jaga pada waktu pulang.

4. Memastikan murid-murid berada pada jarak yang ditetapkan dan mengikut SOP.

LENSA KAMERA























LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 47 (SESI PETANG)

 TARIKH : 7- 11 FEBRUARI 2022 ( MINGGU 47)


GURU BERTUGAS KUMPULAN 2:

Pn. Norsaliza binti Abd Ghani (Ketua)

En. Muhammad Rizwan bin Mat Ripin

Tn. Hj. Sofian bin Abdullah

Pn. Nasibah binti Sairi

Pn. Y. Nuryati binti Abu Bakar

Pn. Nurshazwani binti Hamzah


TUGASAN SEPANJANG MINGGU :


1. Memantau pergerakan murid datang sekolah dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.                  


2. Mengambil suhu, memakai pelitup muka dan berada ditempat menunggu yang ditentukan.


3. Memantau pergerakan murid ketika waktu rehat dan berada dalam keadaan yang terkawal.


4. Mengawal perjalanan murid pulang dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.


5. Memastikan murid-murid telah diambil oleh ibubapa penjaga pada masa yang ditetapkan.


LENSA KAMERA











Friday, January 28, 2022

Makluman Cuti Perayaan Tahun Baru Cina

Salam sejahtera

Dimaklumkan bahawa cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina adalah mulai 29 Januari hingga 6 Februari 2022.

Sekolah akan dibuka semula pada Isnin, 7 Februari 2022 dengan kehadiran bersemuka murid KUMPULAN B.

Warga SKPM, mengucapkan selamat bercuti.

Jaga keselamatan diri, patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan MKN.

Sekian, terima kasih.

 


MAKLUMAN PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022/2023


MAKLUMAN PENGESAHAN PENEMPATAN TAHUN 1 2022/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Anak Tuan/Puan telah ditempatkan di SK Pulau Meranti, Sehubungan dengan itu Tuan/Puan dikehendaki datang ke sekolah untuk membuat pengesahan penempatan di pejabat sekolah.

Bermula 01 Februari 2022 hingga 04 Mac 2022

Masa Urusan

Isnin- Jumaat

8.30 pagi - 4.30 petang

Waktu Rehat

Isnin - khamis

1.00 -2.00 petang

Jumaat

12.15 - 2.45 petang

Ibu bapa boleh rujuk lampiran surat di bawah

Sekian 

Terima Kasih




Tuesday, January 25, 2022

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI (PENGGAL 3 MINGGU KE-45 2021/2022)

 TARIKH      : 24 JANUARI - 28 JANUARI 2022

MINGGU     : KE-45

KUMPULAN : KUMPULAN 3 (SESI PAGI)

 


GURU BERTUGAS:

1. PN. NURHAFIZAH BINTI UDIN (KETUA)

2. PN. NONI BINTI SAID

3. PN. SHURAINEE HANIM BINTI MOHAMAD NOR

4. PN. ROSIDAH BINTI AWANG LAH

5. USTAZ SHAMSOE RIZA BIN MOHAMED

6. EN. MOHAMMAD FAIZ BIN JAMALUDDIN

 

TUGASAN SEPANJANG MINGGU:

1. Memantau pergerakan dan mengambil suhu murid di pintu pagar utama.

2. Mengawal pergerakan murid semasa membeli makanan di kantin pada  waktu rehat.

3. Mengawal perjalanan murid hingga ke pondok jaga pada waktu pulang.

4. Memastikan murid-murid berada pada jarak yang ditetapkan dan mengikut SOP.


LENSA KAMERA