Saturday, October 24, 2026

PROGRAM SUAI KENAL MURID TAHUN 1 SESI 2027

 Program Suai Kenal Murid Tahun 1 Sesi 2027 telah dilaksanakan pada 24 Oktober 2026 bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti (SKPM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada Ibubapa tentang persekitaran pembelajaran, rutin persekolahan serta persediaan menghadapi sesi pembelajaran tahun 2027.

Melalui program ini, Ibubapa berpeluang mengenali suasana pembelajaran yang baharu dan memahami peraturan sekolah. Program ini juga diharapkan ibubapa membimbing anak supaya menyesuaikan diri dengan perubahan dari segi pembelajaran, tanggungjawab dan interaksi sosial bersama guru serta rakan-rakan.

Semoga program suai kenal ini menjadi langkah awal dalam membentuk murid yang berkeyakinan, berdisiplin, berdikari dan bersedia untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik serta sahsiah










 

Menyambut kehadiran Ibubapa di pintu pagar







Kaunter Pendaftaran

Kaunter Pembayaran




Bilik Penyemakan Fail Dokumen Murid Tahun 1 Sesi 2027

Pengacara Majlis memastikan kelancaran program

AJK PA System




Bacaan Doa dipimpin oleh Ust Muhamad Farhan Bin Mohd Ali




Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SKPM En. Khairil Anuar Bin Othman





Ucapan Taklimat Pengurusan Sekolah & Kurikulum oleh PK Pentadbiran Pn. Siti Fairuza Binti Asmungi




Taklimat Program Transisi Tahun 1 disampaikan oleh En. Norazli Bin Mohd Zahidin




Taklimat Peraturan Sekolah disampaikan oleh Pn. Fauziah Binti Solehuddin, PK HEM


Thursday, October 22, 2026

Program Kesedaran Awal Remaja Tahun 2026

Tarikh: 22 Oktober 2026

Hari: Khamis

Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat: Dewan SK Pulau Meranti

Sasaran: Semua murid Tahun 6

Jumlah kehadiran: 99 orang

Nama penceramah: Encik Mohamad Samri bin Othman

Pergi ke taman memetik selasih,
Harum mewangi di tepi perigi;
Jaga maruah, pelihara kasih,
Jadi insan berakhlak tinggi.

Melangkah maju menuju dewasa,
Bekalkan diri ilmu dan pedoman;
Kenali emosi, bina jati bangsa,
Agar remaja penuh keyakinan.

Program Kesedaran Awal Remaja Tahun 2026 telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan awal kepada murid Tahun 6 tentang perubahan fizikal, emosi, sosial dan psikologi dalam menghadapi alam remaja.

Program ini turut menekankan aspek keselamatan dan maruah diri, pengurusan emosi, kesihatan mental, sahsiah serta kemahiran membuat keputusan yang bijak. Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran, keyakinan diri dan kesediaan murid untuk melangkah ke alam remaja dengan lebih positif dan berintegriti.

Lensa Kamera: 

Slot Pendaftaran

Pengacara Majlis: Puan Norhalida binti Ishak

Slot ceramah 'Kesedaran Awal Remaja'


Ice Breaking

Ice Breaking

Aktiviti: LDK (Cabaran)

Ucapan Guru Besar

Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderamata

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir, penceramah, guru-guru dan semua peserta


Bunga melati indah berseri,
Mekar berkembang di taman bestari;
Alam remaja bakal ditempuhi,
Dengan ilmu, maruah dan jati diri.

Sekian, terima kasih.