Tuesday, April 30, 2019

Kejohanan Sukan Tahunan ke-53 SK Pulau Meranti


Kejohanan sukan tahunan ke-53
Sk pulau meranti 

              Pada 28 April 2019, satu kejohanan sukan tahunan ke-53 peringkat
Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah diadakan sebagaimana berikut :

Ø TARIKH   : 28 APRIL 2019
Ø HARI       : AHAD
Ø MASA     : 7.30 PAGI – 1.00 PETANG
Ø TEMPAT : PADANG SK PULAU MERANTI
Ø ANJURAN       : UNIT KOKURIKULUM,
                    SK PULAU MERANTI


Ø PENGENALAN       :
·        Kejohanan sukan kali ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi murid disamping mempraktikalkan ilmu yang dipelajari di sekolah dengan harapan semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji dan semangat yang kental serta mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T  di samping menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mempersiapkan murid ke arah insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
·        Program ini juga mempunyai matlamat ke arah pengisian jasmani dan rohani untuk memperkembang minda murid bukan sahaja sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi juga kekuatan mental bagi tempoh jangka panjang di dalam menghadapi realiti kehidupan yang serba mencabar.
·        Kejohanan Sukan Tahunan ini juga lebih menjurus kepada usaha memupuk minat murid terhadap bidang sukan.

Ø OBJEKTIF                :
·         MEMBIMBING murid supaya mengetahui tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap kecemerlangan pendidikan sukan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
·          MEMUPUK semangat ke arah menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam kehidupan sejagat, tabah serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
·        MEMPERKUKUHKAN ilmu, kasih sayang, nilai murni, pengalaman, pengetahuan, perpaduan dan semangat jati diri di kalangan murid seterusnya merapatkan kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga dan segenap lapisan masyarakat.
·        MENGETAHUI sumbangan yang dapat diberkan oleh setiap murid dan bersedia memberi tumpuan kepada pencapaian pendidikan serta menyumbang bakti kepada masyarakat demi faedah ke arah pembangunan Negara.


Ø TENTATIF       :

·       7.30                 : Jemputan mengambil tempat
·       8.00                 : ACARA OLAHRAGA PRASEKOLAH
·       Larian 50m (L/P)
·       Acara Sukaneka
Penyampaian Hadiah  
·          8.30                : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Lintas Hormat Kontinjen Rumah Sukan
: Ikrar Kejohanan
: Bacaan doa
:  Ucapan Guru Besar
   Pn. Siti Habsah bt Ahmad
:  Ucapan Yang Dipertua PIBG
   En. Azwan Hazle b. Aminuddin
: Ucapan Perasmian ADN Dengkil
YB Tuan Adhif Shan bin Abdullah
Gimik Perasmian
·    9.3o                 : Persembahan Senam Tari
                                Persembahan Taekwando  
·       9.45                    : Acara Sukaneka Tahun 1,2 dan 3
                            Penyampaian Hadiah
·       10.45                       : Acara Balapan
·       Tahun 1 50m (L/P)
·       Tahun 2 75m (L/P)
·       Tahun 3 75m (L/P)
Penyampaian Hadiah
·       11.00               : Acara Balapan
·       Tahun 4 100m (L/P)
·       Tahun 5 100m (L/P)
·       Tahun 6 100m (L/P)
Penyampaian Hadiah

·       11.30              : Relay 4 x 100 m Tahun 4, 5 dan 6 (L/P)
                            Penyampaian Hadiah
-        Relay 4 x 200 m (terbuka) – (L/P)
                            Penyampaian Hadiah
-        Tarik tali antara rumah sukan
  Penyampaian Hadiah
·       12.00                      : Acara Komuniti
-        Lontaran Kasih (pasangan/ibu bapa)
-        Belon kasih sayang (bapa)
-        Jinjingan kasih (ibu)
-        Setangkai mawar (belia-2 lelaki + 2 perempuan)
-        Tunjuk ajarku sifu (guru)
-        Tarik tali (guru/AJK/Belia/Camel Crew/Bapa)
Penyampaian Hadiah
·       12.30                 : - Cabutan Bertuah
                               Penyampaian Hadiah
-        Hiasan Khemah Rumah Sukan
-        Perbarisan Rumah Sukan
-        Johan Keseluruhan
-        Olahragawan / Olahragawati
·       1.00                    -  Bersurai.


Ø SEKILAS DARI LENSA KAMERA… 

                  Setelah selesai pendaftaran dan ibu bapa mengambil tempat duduk, agenda dimulakan dengan acara olahraga dan sukaneka prasekolah.



 
Sebahagian daripada acara prasekolah yang dipertandingkan. 


 
Ketibaan tetamu kehormat. 



 
Acara Perbarisan dan Lintas Hormat Kontinjen Rumah Sukan. 



 
Bacaan doa mula dialunkan sebaik selesai Ikrar Kejohanan dilafazkan. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar dan ucapan Yang Dipertua PIBG.



 
Upacara Gimik Perasmian disempurnakan oleh 
ADN Dengkil, YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah sebaik selesai ucapan perasmian diberikan. 



 
Persembahan Senam Tari yang dipimpin oleh 
Puan Nirawaty. 



 
Persembahan Taekwando dibawah pimpinan Sir Casey. 



 
Acara Sukaneka Tahap 1 




 
Acara Sukaneka Tahap 1  



 
Acara Sukaneka Tahap 1  



  
Acara Balapan Tahap 2 



 
Acara Balapan Tahap 2 



 
Acara Balapan Tahap 2 



 
Suasana genting di garisan penamat. 
Para guru rumah masing-masing juga tidak putus memberikan sokongan padu kepada anak didik masing-masing.





                              Acara Balapan Tahap 2 



 
Penyampaian hadiah  



 
Penyampaian hadiah  



 
Kegembiraan dan keletihan jelas terserlah pada wajah pemenang. 



 



 







 
Antara hadiah cabutan bertuah yang diperoleh murid. 



 
Tarik tali akhir antara rumah sukan, 
Merah VS Hijau.



 
Tarik tali akhir antara rumah sukan, 

Merah VS Hijau.  






 

Suasana di khemah hadiah. 





Suasana tegang di khemah stastik dengan perubahan mata rumah sukan yang di luar jangkaan dari semasa ke semasa. 



 
Acara Komuniti 



 
Acara Komuniti 



 
Acara Guru 




 
Tarik Tali Komuniti 




 
Tarik Tali Komuniti 





 

Tahniah kepada Encik Syukur, Mr. Gopi dan Mr. Amir! Sebahagian guru lelaki yang memenangi acara sukaneka guru.  





Tahniah Cik Siti Aniqah, Datin Noraizah dan 
Puan Yusnur Aida! Sebahagian guru perempuan yang memenangi acara sukaneka guru.  



 

Kemeriahan Perhiasan Rumah Sukan. 





Keputusan Rasmi Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-53 
SK Pulau Meranti. 





 

JOHAN 

Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-53, 
SK Pulau Meranti. 

Tahniah Rumah Biru!  



Ø HARAPAN :

Tuntasnya, pihak penganjur mengucapkan sekalung tahniah dan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini khasnya buat ibu bapa, penyumbang,  guru-guru, murid dan jawatankuasa pengelola yang hadir. Kejohanan Sukan kali ini diharapkan dapat menggilap bakat murid, mencungkil minat murid terhadap sukan sekaligus melahirkan pelapis-pelapis baru yang bakal mengharumkan nama SK Pulau Meranti dalam arena sukan di peringkat yang lebih tinggi. Dengan pengelolaan ini juga diharapkan dapat lebih mengukuhkan hubungan antara ibu bapa, komuniti setempat dengan warga sekolah demi membangunkan potensi individu murid khususnya dalam bidang sukan.

Segala kekurangan didadahulukan dengan jutaan kemaafan dan segala kerjasama serta pemahaman daripada semua pihak terutamanya ibu bapa diucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi pada lain masa.

Sunday, April 28, 2019

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA 1/2019

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SIRI 1 / 2019

Hari        :     Khamis
Tarikh    :     25 April 2019
Masa     :     7:00 malam - 10:00 malam
Tempat  :     Masjid Meranti, Puchong

Objektif :

  1. Memberi kesedaran kepada murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.
  2. Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan para ibu bapa dalam kejayaan anak.
  3. Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan guru.
Majlis solat hajat dan bacaan yasin perdana bagi sesi 2019 telah diadakan bagi murid-murid tahun 6 SK Pulau Meranti. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam / Bahasa Arab serta PIBG SK Pulau Meranti dengan kerjasama Masjid Meranti, Puchong.

Pendaftaran murid, ibu bapa dan guru
Program bermula sekitar jam 7 malam dengan pendaftaran murid, para ibu bapa dan guru. Seterusnya berlangsung Solat Maghrib dan bacaan Yasin yang diketuai oleh Imam Masjid Meranti, Al-Fadhil Imam Idrus bin Sahlan. Majlis diteruskan dengan Solat Isya' dan Solat Hajat berjemaah. Seusai solat hajat, hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Program selesai kira-kira pada jam 10 malam.

Bacaan Yasin
Cenderahati kepada Imam Idrus bin Sahlan

Para hadirin menjamu selera


Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PIBG SK Pulau Meranti, pengurusan Masjid Meranti dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usahasama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan membuahkan hasil yang baik serta menjadi saham akhirat untuk semua. In shaa Allah.