Monday, April 8, 2019

PERKHEMAHAN PENGAKAP LENCANA KEMAJUAN KERIS GANGSA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019

Perkhemahan Pengakap Lencana Kemajuan Keris Gangsa Peringkat Negeri Selangor telah diadakan pada 5 hingga 7 April 2019 bertempat di Mutiara Semenyih Training Village. Perkhemahan ini adalah anjuran bersama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Sepang dan SK Taman Seroja, Sekolah Kluster Kecemerlangan. Sebanyak 13 buah sekolah daripada daerah Sepang, 1 buah sekolah daripada daerah Petaling dan 1 buah sekolah dari Hulu Langat telah menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini melibatkan seramai 120 murid lelaki dan 80 orang murid perempuan. 

Terdapat 4 pangkalan ujian telah diagihkan untuk melaksanakan Lencana Keris Perak. Aktiviti pangkalan A ialah nyanyian lagu Negaraku, melukis dan mewarnakan bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor, mengenal, nama penuh kuasa penganjur / Guru Besar, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak kumpulannya. Aktiviti pangkalan B ialah mewarna lambang Pengakap Dunia, mewarna lambang Pengakap Malaysia dan mengetahui agama di Malysia serta tempat ibadat. Manakala aktiviti pangkalan C ialah kawad kaki (asas Statik), Isyarat-Isyarat pengakap (isyarat tangan dan wisel) dan ikatan buku sila. Aktiviti pangkalan D pula ialah mengetahui bahaya benda tajam, mengetahui isyarat jalan raya, mengetahui cara pemasangan lencana yang betul dan memanjat tali setinggi 3 meter. Kesemua aktiviti yang dibuat adalah mengikut Buku Skim Lencana Pengakap Kanak-Kanak.

Majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Noor Hashim Bin Ismail, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian dan penganugerahan Lencana Keris Gangsa kepada semua murid. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah emas, perak dan gangsa kepada murid yang telah berjaya dalam pertandingan yang dipertandingkan sepanjang perkhemahan berlangsung. 

Syabas dan tahniah kepada murid dan guru SK Pulau Meranti kerana telah mendapat 8 anugerah emas, 6 anugerah perak dan 6 anugerah gangsa. Semangat dan kegigihan murid dalam melaksanakan tugasan yang diberikan membuahkan hasil dan memberikan mereka pengalaman serta ilmu baharu untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian mereka.


LENSA KAMERA

PENYAMPAIAN SIJIL PENCAPAIAN KEPADA PEMENANG

Anugerah Emas Memanjat Tali 3 Meter - Khairul Wafiy

Anugerah Emas Memanjat Tali 3 Meter - Muhammad Arief Luqman

Anugerah Emas Memanjat Tali 3 Meter - Maya Insyirah

Anugerah Emas Memanjat Tali 3 Meter - Asiah Hannan

Anugerah Emas Pertandingan Mewarna dan Melukis Bendera - Ayra Qaisara

Anugerah Emas Pertandingan Mewarna dan Melukis Bendera - Muhammad Naqib Zakwan

Anugerah Gangsa Pertandingan Mewarna dan Melukis Bendera - Asiah Hannan

Anugerah Emas Pertandingan Mewarna Logo Pengakap Malaysia - Nurnadia Naziha

Anugerah Perak Pertandingan Memanjat Tali 3 Meter - Mohd Adam Darwish

Anugerah Emas dan Perak Pertandingan Mewarna Logo Pengakap Malaysia - Ayra Qaisara dan Tuan Ariesya
AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA




























GAMBAR KENANGAN BERSAMA SEMUA PESERTA PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA


PASUKAN PENGAKAP KANAK-KANAK SK PULAU MERANTI 



"Buat Habis Baik"




No comments: