Sunday, April 21, 2019

GOTONG-ROYONG PERDANA 2019

20 April 2019 - Sabtu telah berlangsung Gotong-Royong Perdana peringkat sekolah anjuran bersama Unit Hal Ehwal Murid, Unit 3K dan PIBG. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.30 pagi.

Antara objektif Gotong-Royong Perdana pada tahun ini adalah:
  • Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.
  • Melaksanakan  amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
  • Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa,  pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan.
  • Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.


Program yang dirancang ini telah mendapat sambutan yang memuaskan dengan kehadiran ibu bapa / penjaga serta kerjasama dari pihak SMART Pulau Meranti dan Majlis Perbandaran Sepang. 

Beberapa kawasan telah disusun atur untuk menjalankan Program Gotong-Royong Perdana pada kali ini iaitu memotong dahan pokok yang menghalang pandangan sepanjang pagar sekolah, mengecat bangunan blok belakang (Tahun 4 dan Tahun 5), membersihkan surau serta menanam pokok bunga di hadapan surau, dan mengemas bilik mesyuarat.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan program ini. Semoga permuafakatan ini terus terjalin selamanya.

Bilik Mesyuarat



Mengecat

Sekitar Pagar Sekolah

Sekitar Kawasan Surau

Sesi Taklimat



No comments: