Thursday, April 25, 2019

PELANCARAN PROGRAM MORALITY IS BASIC OF HUMANITY

Pada 22 April 2019 Isnin, Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPM telah melancarkan Program Amalan Terbaik Bimbingan Dan Kaunseling yang bertajuk " MORALITY IS BASIC OF HUMANITY"


1.0         PENGENALAN
Program “Morality Is Basic Of Humanity” adalah Amalan Budaya Bersalam, Berterima kasih Dan Bermaaf-maafan bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sikap asas yang harus ada pada setiap individu.
 Peredaran masa selari dengan perkembangan dunia teknologi digital merupakan suatu perkara yang perlu diterima secara positif. Namun tuntutan perubahan itu tidak seharusnya menghakis nilai dan jati diri seseorang individu khususnya generasi muda. Bagi melahirkan modal insan seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik dan sahsiah, Unit Bimbingan Dan Kaunseling mengambil inisiatif melancarkan program “ Morality Is Basic Of Humanity bermula tahun ini.
AMALAN ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis. Konsep “Morality Is Basic Of Humanity”  ini akan mewujudkan hubungan saling menghormati, sifat kasih sayang, peka kepada keadaan sekeliling dan menjadikan suasana yang kondusif dan harmoni.
Amalan ini boleh dipraktikkan pada bila-bila masa semasa bertemu rakan, guru ibubapa atau tetamu sekolah. Ini dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan kondusif dalam menyuburkan budaya masyarakat penyayang.


1.0         TUJUAN      
1.  Menjadikan amalan ini sebagai satu budaya yang dapat dipraktikkan di SKPM
2. Melahirkan murid yang berbudi pekerti.
3. Merapatkan hubungan dalam kalangan warga sekolah.

4. Mewujudkan simbol penghormatan SKPM

1.0         Objektif
Adalah diharapkan amalan ini dapat :
  • Membentuk budaya positif dalam kalangan warga sekolah
  • Membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif di sekolah
·         Membentuk sifat hormat menghormati dan kasih sayang

KUMPULAN SASARAN   
Semua warga sekolah (pihak pengurusan, guru-guru, murid-murid, kakitangan sekolah, pengawal keselamatan)

5.0         KAEDAH PELAKSANAAN
* Memberikan salam sambil menundukkan kepala dan meletakkan tangan di dada.







No comments: