Sunday, April 28, 2019

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PERDANA 1/2019

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SIRI 1 / 2019

Hari        :     Khamis
Tarikh    :     25 April 2019
Masa     :     7:00 malam - 10:00 malam
Tempat  :     Masjid Meranti, Puchong

Objektif :

  1. Memberi kesedaran kepada murid agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar.
  2. Menyedarkan ibu bapa mengenai peranan para ibu bapa dalam kejayaan anak.
  3. Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan guru.
Majlis solat hajat dan bacaan yasin perdana bagi sesi 2019 telah diadakan bagi murid-murid tahun 6 SK Pulau Meranti. Majlis anjuran Panitia Pendidikan Islam / Bahasa Arab serta PIBG SK Pulau Meranti dengan kerjasama Masjid Meranti, Puchong.

Pendaftaran murid, ibu bapa dan guru
Program bermula sekitar jam 7 malam dengan pendaftaran murid, para ibu bapa dan guru. Seterusnya berlangsung Solat Maghrib dan bacaan Yasin yang diketuai oleh Imam Masjid Meranti, Al-Fadhil Imam Idrus bin Sahlan. Majlis diteruskan dengan Solat Isya' dan Solat Hajat berjemaah. Seusai solat hajat, hadirin menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan. Program selesai kira-kira pada jam 10 malam.

Bacaan Yasin
Cenderahati kepada Imam Idrus bin Sahlan

Para hadirin menjamu selera


Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada PIBG SK Pulau Meranti, pengurusan Masjid Meranti dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usahasama ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan membuahkan hasil yang baik serta menjadi saham akhirat untuk semua. In shaa Allah.





No comments: