Kejohanan sukan tahunan ke-53
Sk pulau meranti
Pada
28 April 2019, satu kejohanan
sukan tahunan ke-53 peringkat
Sekolah
Kebangsaan Pulau Meranti telah diadakan sebagaimana berikut :
Ø TARIKH : 28
APRIL 2019
Ø HARI :
AHAD
Ø MASA :
7.30 PAGI – 1.00 PETANG
Ø TEMPAT :
PADANG SK PULAU MERANTI
Ø ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM,
SK PULAU MERANTI
Ø PENGENALAN :
·
Kejohanan sukan
kali ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi murid disamping
mempraktikalkan ilmu yang dipelajari di sekolah dengan harapan semoga murid
mempunyai akhlak yang terpuji dan semangat yang kental serta mendekatkan diri
mereka kepada Allah S.W.T di samping
menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mempersiapkan murid ke arah insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
·
Program ini juga
mempunyai matlamat ke arah pengisian jasmani dan rohani untuk memperkembang minda murid bukan sahaja sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan,
tetapi juga kekuatan mental bagi tempoh jangka panjang di dalam menghadapi
realiti kehidupan yang serba mencabar.
·
Kejohanan Sukan
Tahunan ini juga lebih menjurus kepada usaha memupuk minat murid terhadap
bidang sukan.
Ø OBJEKTIF :
·
MEMBIMBING
murid supaya mengetahui tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap kecemerlangan pendidikan sukan selaras dengan Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan.
·
MEMUPUK semangat ke arah menghayati
kepentingan kesihatan diri di dalam kehidupan sejagat, tabah serta unggul dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
·
MEMPERKUKUHKAN ilmu, kasih sayang, nilai
murni, pengalaman, pengetahuan, perpaduan dan semangat jati diri di kalangan
murid seterusnya merapatkan kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga
dan segenap lapisan masyarakat.
·
MENGETAHUI sumbangan yang dapat diberkan
oleh setiap murid dan bersedia memberi tumpuan kepada pencapaian pendidikan
serta menyumbang bakti kepada masyarakat demi faedah ke arah pembangunan
Negara.
Ø TENTATIF :
· 7.30 :
Jemputan mengambil tempat
· 8.00 :
ACARA OLAHRAGA PRASEKOLAH
· Larian 50m (L/P)
· Acara Sukaneka
Penyampaian Hadiah
·
8.30 : Ketibaan Tetamu Kehormat
: Nyanyian Lagu
Negaraku
: Lintas Hormat
Kontinjen Rumah Sukan
: Ikrar
Kejohanan
: Bacaan doa
: Ucapan Guru Besar
Pn. Siti Habsah bt Ahmad
: Ucapan Yang
Dipertua PIBG
En. Azwan Hazle b. Aminuddin
: Ucapan Perasmian ADN Dengkil
YB Tuan
Adhif Shan bin Abdullah
Gimik Perasmian
·
9.3o : Persembahan Senam Tari
Persembahan
Taekwando
· 9.45 : Acara Sukaneka Tahun 1,2 dan 3
Penyampaian Hadiah
· 10.45 :
Acara Balapan
· Tahun 1 50m (L/P)
· Tahun 2 75m (L/P)
· Tahun 3 75m (L/P)
Penyampaian
Hadiah
· 11.00 :
Acara Balapan
· Tahun 4 100m (L/P)
· Tahun 5 100m (L/P)
· Tahun 6 100m (L/P)
Penyampaian Hadiah
· 11.30 :
Relay 4 x 100 m Tahun 4, 5 dan 6 (L/P)
Penyampaian Hadiah
-
Relay 4 x 200 m
(terbuka) – (L/P)
Penyampaian
Hadiah
-
Tarik tali
antara rumah sukan
Penyampaian Hadiah
· 12.00 :
Acara Komuniti
-
Lontaran Kasih
(pasangan/ibu bapa)
-
Belon kasih
sayang (bapa)
-
Jinjingan kasih
(ibu)
-
Setangkai mawar
(belia-2 lelaki + 2 perempuan)
-
Tunjuk ajarku
sifu (guru)
-
Tarik tali
(guru/AJK/Belia/Camel Crew/Bapa)
Penyampaian Hadiah
· 12.30 :
- Cabutan Bertuah
Penyampaian
Hadiah
-
Hiasan Khemah Rumah
Sukan
-
Perbarisan Rumah
Sukan
-
Johan
Keseluruhan
-
Olahragawan /
Olahragawati
· 1.00 - Bersurai.
Ø SEKILAS
DARI LENSA KAMERA…
Setelah selesai pendaftaran dan ibu bapa mengambil tempat duduk, agenda dimulakan dengan acara olahraga dan sukaneka prasekolah.
Sebahagian daripada acara prasekolah yang dipertandingkan.
Ketibaan tetamu kehormat.
Acara Perbarisan dan Lintas Hormat Kontinjen Rumah Sukan.
Bacaan doa mula dialunkan sebaik selesai Ikrar Kejohanan dilafazkan. Majlis diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar dan ucapan Yang Dipertua PIBG.
Upacara Gimik Perasmian disempurnakan oleh
ADN Dengkil, YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah sebaik selesai ucapan perasmian diberikan.
Persembahan Senam Tari yang dipimpin oleh
Puan Nirawaty.
Persembahan Taekwando dibawah pimpinan Sir Casey.
Acara Sukaneka Tahap 1
Acara Sukaneka Tahap 1
Acara Sukaneka Tahap 1
Acara Balapan Tahap 2
Acara Balapan Tahap 2
Acara Balapan Tahap 2
Suasana genting di garisan penamat.
Para guru rumah masing-masing juga tidak putus memberikan sokongan padu kepada anak didik masing-masing.
Penyampaian hadiah
Penyampaian hadiah
Kegembiraan dan keletihan jelas terserlah pada wajah pemenang.
Antara hadiah cabutan bertuah yang diperoleh murid.
Tarik tali akhir antara rumah sukan,
Merah VS Hijau.
Tarik tali akhir antara rumah sukan,
Merah VS Hijau.
Suasana di khemah hadiah.
Suasana tegang di khemah stastik dengan perubahan mata rumah sukan yang di luar jangkaan dari semasa ke semasa.
Acara Komuniti
Acara Komuniti
Acara Guru
Tarik Tali Komuniti
Tarik Tali Komuniti
Tahniah kepada Encik Syukur, Mr. Gopi dan Mr. Amir! Sebahagian guru lelaki yang memenangi acara sukaneka guru.
Tahniah Cik Siti Aniqah, Datin Noraizah dan
Puan Yusnur Aida! Sebahagian guru perempuan yang memenangi acara sukaneka guru.
Kemeriahan Perhiasan Rumah Sukan.
Keputusan Rasmi Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-53
SK Pulau Meranti.
JOHAN
Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-53,
SK Pulau Meranti.
Tahniah Rumah Biru!
Ø HARAPAN :
Tuntasnya, pihak
penganjur mengucapkan sekalung tahniah dan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua
yang terlibat bagi menjayakan program ini khasnya buat ibu bapa, penyumbang, guru-guru, murid dan jawatankuasa pengelola
yang hadir. Kejohanan Sukan kali ini diharapkan dapat menggilap bakat murid, mencungkil
minat murid terhadap sukan sekaligus melahirkan pelapis-pelapis baru yang bakal
mengharumkan nama SK Pulau Meranti dalam arena sukan di peringkat yang lebih
tinggi. Dengan pengelolaan ini juga diharapkan dapat lebih mengukuhkan hubungan
antara ibu bapa, komuniti setempat dengan warga sekolah demi membangunkan
potensi individu murid khususnya dalam bidang sukan.
Segala
kekurangan didadahulukan dengan jutaan kemaafan dan segala kerjasama serta
pemahaman daripada semua pihak terutamanya ibu bapa diucapkan ribuan terima
kasih. Semoga kita berjumpa lagi pada lain masa.
No comments:
Post a Comment