Monday, April 15, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 15 SESI PETANG 2019

Tarikh    : 15 April 2019
Hari       : Isnin
Masa     : 3.40 -4.10 petang
Tempat  : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  • Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Pn, Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis : Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Bacaan Doa : Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Ikrar Murid : Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah.



LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
  • Disampaikan oleh Pn. Norazmah Binti Che Omar.
  • Murid-murid diingatkan membawa bekalan air masak yang secukupnya kerana latihan sukan akan diadakan sepanjang minggu ini.
  • Jika hari hujan, latihan sukan akan ditangguhkan dan murid-murid akan berada di dalam kelas masing-masing.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN:
  • Disampaikan oleh Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh.
  • Tema pada minggu ini ialah "Sayangi Keluarga".
  • Guru menerangkan siapa keluarga? Siapa ahli Keluarga? Bagaimana cara untuk sayang pada keluarga?
  • Guru menyatakan kepentingan sayang kepada keluarga dan faedahnya.

LAPORAN PENOLONG KANAN PETANG:
  • Disampaikan oleh Pn. Nor Saadah Binti Abdul Halim.
  • Murid-murid diingatkan menjaga disiplin ketika aktiviti latihan sukantara dan sukaneka dijalankan.
  • Murid-murid akan dimaklumkan dari masa ke semasa latihan sukan sepanjang minggu ini.
  • Jika ada murid yang tidak sihat, maklumkan kepada guru kelas dengan segera.
  • Pn. Nor Saadah juga memaklumkan pada hari Rabu akan diadakan Kem Sinergi Ilmu Murid Tahun 1. 




***Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

No comments: