Sunday, April 7, 2019

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS FASA 1


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN BAHASA INGGERIS
FASA 1 

Pada 6 April 2019, satu bengkel menjawab soalan Bahasa Inggeris Fasa 1 kepada murid-murid tahun 6 sesi 2019 telah diadakan sebagaimana butiran berikut :

Ø TARIKH   : 6 APRIL 2019
Ø HARI       : SABTU
Ø MASA     : 8.30 PAGI – 11.30 PAGI
Ø TEMPAT : DEWAN SK PULAU MERANTI
Ø ANJURAN       : PANITIA BAHASA INGGERIS,
                    SK PULAU MERANTI


Ø PENGENALAN       :
·        Merupakan program tahunan SK Pulau Meranti yang bertindak sebagai satu wahana :
i)                   memberi pendedahan,
ii)                perkongsian pengalaman,
iii)            mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu calon-calon dalam menjawab soalan-soalan UPSR format terbaharu 2019.


Ø OBJEKTIF                :
·         Membina keyakinan dalam menghadapi UPSR,
·         Meningkatkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan terutamanya    penulisan,
·        Menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala aspek,
·        Penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni.



Ø TENTATIF       :

·       8.00 – 8.30      : Pendaftaran
·       8.30                 : Ketibaan ibu bapa
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Penerangan Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 oleh  En. Zaimy Bin Shah Bhari
: Sesi Mengaplikasi Teknik dan Menjawab Modul
: Penyampaian Cenderahati
: Slot PLC oleh Puan Nirawaty
:  Perkongsian Ilmu Kertas 1 oleh
En. Ridzuan Amir
:  Perkongsian Ilmu Kertas 2 oleh
Puan Nurhafizah
: Teknik Penulisan Bahasa Inggeris oleh Cik Sharifah Hafizah
·    11.3o                : Bersurai


Ø SEKILAS DARI LENSA KAMERA… 


 

Sesi Pendaftaran. 

Selesai pendaftaran, Puan Rabiatul Adawidyah selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris mempengerusikan majlis dan mengalu-alukan kedatangan penceramah jemputan, Encik Zaimy Bin Shah Bhari. Sedikit penerangan berkaitan latar belakang penceramah turut dikongsikan. 

Menerusi perkongsian tersebut, dimaklumkan bahawa Encik Zaimy merupakan guru besar SK Puchong Utama 3 yang juga berpengalaman sebagai guru Bahasa Inggeris selama 29 tahun. Sepanjang tempoh berkenaan, telah banyak jawatan yang disandang dalam pelbagai program Pendidikan Bahasa Inggeris di bawah KPM dan rencaman sumbangan terhadap perkembangan pendidikan Bahasa Inggeris telah turut diberikan. 

Justeru, seluruh warga SK Pulau Meranti terutamanya murid-murid yang bakal menduduki UPSR 2019 amat bertuah pada program kali ini kerana mendapat peluang keemasan bagi mendengar perkongsian teknik menjawab Bahasa Inggeris daripada figura yang hebat ini.



 

Encik Zaimy memberikan penerangan berkaitan Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Inggeris.




 

Semua murid yang hadir mendengar dengan tekun dan penuh minat.





 
Ibu bapa yang turut sama hadir bagi mendengar perkongsian teknik menjawab di samping memberikan sumbangan moral kepada anak-anak.





  
Murid membuat latihan modul yang diberi bagi mengaplikasi teknik menjawab yang telah dikongsi. Beberapa orang murid juga telah dipanggil ke hadapan bagi menjawab dan berkongsi jawapan masing-masing.





  
Sebaik selesai slot perkongsian Teknik Menjawab Bahasa Inggeris, 
 Yang Di-Pertua (YDP) PIBG 
SK Pulau Meranti, Encik Azwan Hazlee diiringi PK Pentadbiran, Encik Mohd Azmin dijemput bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada Encik Zaimy sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan.





 
Kudapan pagi dihidangkan kepada penceramah jemputan pada waktu rehat.




      
Guru-guru bergambar kenangan bersama Encik Zaimy.





   
Selepas rehat, program diteruskan dengan SLOT PLC yang disampaikan oleh Puan Nirawaty.





   
Perkongsian Ilmu Kertas 1 oleh Encik Amir Ridzuan.





 
Perkongsian Ilmu Kertas 2 oleh Puan Nurhafizah.





 
Perkongsian Ilmu Teknik Penulisan Bahasa Inggeris oleh Cik Sharifah Hafizah. 


Setelah selesai semua perkongsian diberikan, Puan Rabiatul Adawidyah selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris telah memberikan ucapan penutup. 

Majlis bersurai pada jam 12 tengahari sebaik peralatan selesai dikemas.




Ø HARAPAN :

Tuntasnya, pihak penganjur mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini khasnya buat penceramah, ibu bapa, guru-guru, murid dan jawatankuasa pengelola yang hadir. Pengisian yang diperoleh daripada bengkel ini diharap dapat membantu murid mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan akademik Bahasa Inggeris murid bagi tahun 2019 ini sekaligus membuahkan hasil yang baik dengan izin-Nya kelak.


Segala kekurangan didadahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama serta pemahaman daripada semua pihak khususnya ibu bapa diucapkan ribuan terima kasih. Semoga kita berjumpa lagi pada lain masa. 




No comments: