Saturday, January 16, 2016

KURSUS PEMANTAPAN KEPIMPINAN DAN KETERAMPILAN 2016


Kursus Pemantapan Kepimpinan Dan Keterampilan 2016 telah dilaksanakan pada 16 Januari 2016 (Sabtu) pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini adalah anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling kerjasama bersama Pusat Sumber Sekolah dan Unit Badan Disiplin dan Pengawas Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti. Kursus ini diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan secara peringkat dalaman dengan memberikan penekanan khusus terhadap tugasan harian. Keterampilan pemimpin mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kursus ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang. Antara objektif kursus ini ialah dapat mengenalpasti nilai-nilai serta  ciri-ciri seorang pemimpin yang baik, membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin, memurnikan tugas harian dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin murid. Sasaran kursus ini adalah kepada Pengawas Sekolah (50 orang) dan Pengawas Pusat Sumber( 40 orang). Slot 1 dimulakan dengan Ceramah Kepimpinan yang dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fazli Bin Abdul Manaf (GPK Pentadbiran SK Sungai Melut (A) Sepang). Slot 2 ialah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh Puan Norjaya Binti Sumaleh dan Puan Roshida Binti Nayan bagi Pengawas Sekolah. Manakala Puan Salinda Binti Kadri dan Puan Rose Halina Binti Jedin bagi LDK Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Kursus ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. 


LENSA KAMERA




















Laporan Disediakan:
PUAN YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

No comments: