LATAR BELAKANG
Program ini adalah antara program yang diadakan pada setiap awal tahun untuk ibubapa dan murid- murid tahun 6. Ibu bapa seharusnya mengetahui pelaksanaan aktiviti serta perincian setiap program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dalam merealisasikan impian semua murid - muris tahun 6 bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Disamping itu juga, program ini di harap dapat membantu mengeratkan ukhwah antara pihak sekolah dengan ibubapa yang merupakan tunjang utama bagi murid - murid. Perjumpaan ini bertujuan untuk membuat penetapan yuran peringkatan yang perlu dibayar oleh ibu bapa atau penjaga bagi menampung kos pelaksanaan aktiviti murid - murid tahun 6 sepanjang tahun 2016.
OBJEKTIF
- Menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid - murid.
- Sasaran UPSR 2016
- Membentangkan program peningkatan UPSR yang telah dirancang oleh Pihak Sekolah.
- Membuat keputusan bersama dalam menetapkan amaun bayaran untuk melaksanakan Program Kecemerlangan UPSR 2016 bagi setiap murid
Pendaftaran
Galeri Ilmu
En. Wan Zayuhisyam B. Wan Yusoff
Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam Dan Budaya Sektor Pendidikan Islam dari Jabatan Pendidikan selangor, merupaakan penceramah bagi slot pertama.
NYDP Datuk Hasnan menyampaikan cenderahati serta sijil kepada penceramah
Sesi bergambar
Slot kedua iaitu Pembentangan rancangan tahunan serta format baru UPSR dimulakan dengan ucapan NYDP Datuk Hasnan.
No comments:
Post a Comment