Monday, January 4, 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU PERTAMA

4 Januari 2016 adalah hari pertama  persekolahan.  Guru bertugas pada minggu ini adalah cikgu En. Yusnizan, Pn. Roshida, Pn. Cheng dan Pn. Norjaya. Perhimpunan dimulakan dengan menyanyikan tiga buah lagu iaitu, Lagu Negaraku, lagu Selangor dan juga lagu Sekolah SKPM dan dikendalikan oleh PK KOKU, Pn. Nora. Pengawas bernama Haziq Akmal (5G) membacakan doa, En.Yusnizan membacakan ikrar Rukun Negara dan Muhammad Nabil (6G) membacakan Ikrar Murid serta ikrar keselamatan jalan raya.

Ucapan Guru Bertugas :
  • En. Yusnizan mengalu-alukan kedatangan murid-murid dan murid baru (tahun1) 2016.
  • Beliau juga menerangkan tentang jadual waktu pagi dan petang.
  • Ibubapa diminta menghantar anak awal ke sekolah.
  • Beliau juga menerangkan peraturan ( cara) pemakaian seragam yang betul.
Ucapan Guru Besar
  • Puan Guru Besar menasihatkan murid-murid supaya mengenal pasti kenderaan untuk pulang supaya dapat mengelakkan kes penculikan berlaku.
  • Puan GB meminta murid-murid menanamkan azam baru sempena tahun 2016.
  • Puan GB menekankan ibubapa hanya dibenarkan menunggu anak hari ini sahaja.
  • Format baru UPSR 2016 akan dimaklumkan pada perjumpaan tahun 6 nanti.








No comments: