TARIKH : 8 dan 9 November 2017
MASA : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 3.40 - 6.40 petang
TEMPAT : Gelanggang Bola Jaring SK Pulau Meranti
PENGENALAN
Program yang dilaksanakan ini melibatkan murid-murid Sk Pulau Meranti. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara murid-murid dan menyemarakkan lagi semangat kesukanan. Selain itu, aktiviti ini diharap juga dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri murid-murid. Aktiviti ini juga digunakan sebagai landasan penting untuk membentuk semangat berpasukan di kalangan peserta-peserta. Dalam pada itu juga, semasa aktiviti ini dijalankan adalah diharapkan ia dapat menyerlahkan lagi sifat kepimpinan di kalangan peserta. Semoga cadangan aktiviti dalam kertas kerja ini memberi maklumat yang diperlukan untuk program ini.
MATLAMAT
Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.
OBJEKTIF
Melalui aktiviti ini, secara langsung dan tidak langsung dapat :
- Melahirkan generasi murid yang mempunyai semangat kesukanan yang kuat.
- Mengeratkan hubungan dan silaturahim di antara murid-murid SK Pulau Meranti.
- Melahirkan murid yang mengamalkan nilai perpaduan, bekerjasama, semangat bermasyarakat, setiakawan dan bertanggungjawab.
SASARAN
- Semua murid SK Pulau Meranti kecuali murid Tahun 1
FOTO SEKITAR PROGRAM DIJALANKAN
No comments:
Post a Comment