Tuesday, November 21, 2017

Laporan Perhimpunan Minggu ke 43 (Sesi Petang)

Tarikh: 20 November 2017
Masa: 3.40-4.10 petang
Tempat: Dataran Berbumbung

Guru Bertugas Sesi Petang:

1. Pn Noor Rashedah binti Mustaffa (Ketua)
2. Pn Yusnur Aida binti Yusoff
3. Pn Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
4. Pn Nor Diana binti Amiruddin
5. En Mohd Zulhusni bin Suhaimi

Aktiviti:
  • Pengerusi Majlis: Pn Noor Rasheedah bt Mustaffa 
  • Nyanyian: Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa: Adik Khairul Wafiy bin Maswan (3G)
  • Ikrar Rukun Negara: Pn Noor Rasheedah bt Mustaffa
  • Ikrar Murid: Adik Aina Haziqah Putri binti Khairul Hamidy (3C)

Ucapan Guru Bertugas

Bacaan Doa oleh Khairul Wafiy

Ikrar Rukun Negara

Ikrar Murid oleh Aina Haziqah

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: 
  • Disampaikan oleh Pn Nasibah bt Sairi
  • Beliau memaklumkan bahawa tiada sebarang kecederaan sepanjang minggu lepas.
  • Terdapat satu kes buli murid Tahun 2. Kes tersebut telah diambil tindakan. Murid telah diberi teguran dan nasihat.
  • Beliau juga memaklumkan bahawa senarai nama murid untuk aktiviti ko kurikulum tahun 2018 akan ditampal di papan kenyataan pada Selasa 21/11/2017. Murid boleh merujuk nama masing-masing pada papan kenyataan tersebut.
Laporan guru bertugas minggu lepas

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini:
  • Disampaikan oleh Pn Noor Rasheedah bt Mustaffa 
  • Beliau memaklumkan bahawa minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan.
  • Hari Rabu dan Khamis murid diingatkan hadir pada waktu pagi kerana persekolahan hanya satu sesi sahaja pada hari tersebut.
  • Murid yang menerima hadiah pada Hari Anugerah Cemerlang diwajibkan hadir untuk sesi raptai.
Ucapan guru bertugas minggu ini

Ucapan Penolong Kanan Petang:

  • Beliau memaklumkan sesi persekolahan akan berakhir pada hari jumaat bagi sesi 2017.
  • Murid diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan sepanjang cuti sekolah.
  • Murid yang telah menerima buku teks dinasihatkan agar membalut buku tersebut dan menjaganya dengan sebaik mungkin.
Ucapan PK Petang
Hal-hal Lain:
  • Pn Norazmah memberi peringatan kepada semua murid agar menggunakan perpustakaan sekolah dengan berhemah.
  • Murid tidak dibenarkan menggunakan peralatan atau permainan tanpa kebenaran guru perpustakaan.
  • Perhimpunan berakhir jam 4.10 petang.

Ucapan Guru Perpustakaan

Murid khusyuk mendengar ucapan guru.

No comments: