Thursday, November 23, 2017

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017

Pada 23 November 2017 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bertempat di Dewan Sekolah. Majlis Anugerah Cemerlang ini adalah anjuran Unit Kokurikulum sekolah dengan kerjasama Panitia Sains dan Matematik. 

Objektif Majlis ini diadakan adalah untuk:
i) Memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan pencapaian dalam bidang akademik, sahsiah dan Kokurikulum sepanjang tahun 2017. 
ii) Memberi motivasi kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi akademik seterusnya

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang iaitu Y. Bhg. Dato’ Marsum bin Paing. YB Dato' juga mengumumkan  sumbangan sebanyak rm2000.00 untuk tabung PIBG. Terima kasih YB Dato'. 

 Aturcara perjalanan majlis adalah seperti berikut:
  • Ketibaan guru, murid, ibu bapa/penjaga, tetamu VIP
  • Pendaftaran
  • Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Selangor
  • Bacaan Doa
  • Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis
  • Persembahan Murid Prasekolah
  • Penyampaian Anugerah Terbaik Dalam Kelas Tahap 1
  • Penyampaian Anugerah Terbaik Matapelajaran Tahap 1
  • Penyampaian Anugerah Terbaik Dalam Kelas Tahap 2
  • Penyampaian Anugerah Terbaik Matapelajaran Tahap 2
  • Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Marsum bin Paing (Ketua UMNO Bahagian Sepang)
  • Ucapan Alu-aluan Wakil Guru Besar -Datin Noraizah bt Dun (GPK HEM)
  • Ucapan YDP PIBG - Datuk Hasnan Bin Abdullah
  • Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Dato’ Marsum bin Paing (Ketua UMNO Bahagian Sepang)
  • Persembahan Pembukaan Galang Maya
  • Persembahan Prasekolah
  • Penyampaian Anugerah Sijil & Penghargaan
  • Perarakan Masuk Tokoh-Tokoh Sinar
  • Penyampaian Anugerah Tokoh-Tokoh Sinar Prasekolah
  • Penyampaian Anugerah Tokoh-tokoh Sinar Tahun 6
  • Persembahan Finale Galang Maya
  • Sesi Bergambar
  • Majlis bersurai jam 11 tengah hari

Alhamdulillah, syukur majlis berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada PIBG yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen kepada pihak sekolah. Jutaan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan SK Pulau Meranti kerana telah bertungkus lumus sehingga berjaya menganjurkan majlis pada hari ini. Segala jasa baik hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.


Barisan guru-guru yang bertugas di kaunter pendaftaran

Barisan Pengacara Majlis yang bertugas dengan dedikasi

Majlis dimulai dengan bacaan doa dari Ustaz Adnan

Persembahan pembukaan dari murid-murid Prasekolah

Penyampaian Anugerah Terbaik Tahap 1 & 2

Sambutan ketibaan Y. Bhg. Dato' Marsum bin Paing, Ketua UMNO Bahagian Sepang

Ucapan alu-aluan dari wakil Guru Besar iaitu Datin Noraizah bt Dun, GPK Hal Ehwal Murid


Ucapan dari YDP PIBG SK Pulau Meranti, Datuk Hasnan bin Abdullah 

Ucapan Perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Marsum bin Paing, Ketua UMNO Bahagian Sepang

Penyerahan cenderahati kepada Y. Bhg. Dato' Marsum bin Paing, Ketua UMNO Bahagian Sepang

Persembahan pembukaan oleh Kumpulan Galang Maya


Persembahan dari murid-murid Prasekolah

Perarakan masuk Tokoh-tokoh Sinar

Barisan Tokoh-tokoh Sinar Nurani, Bestari dan Kesatria

Penyampaian anugerah dan sijil kepada Tokoh-tokoh Sinar Nurani, Bestari dan Kesatria

Persembahan Finale oleh Kumpulan Galang Maya




No comments: