Sunday, February 17, 2019

KEJOHANAN BOLA JARING MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH SEPANG (MSSD) 2019

Pada 14 dan 15 Februari 2019 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Daerah Sepang (MSSD) 2019 yang telah diadakan di Dewan Terbuka SJKC Dengkil. SK Pulau Meranti telah menghantar pasukan bola jaring sekolah yang diketuai oleh Puan Yusnur Aida, Puan Saliza, Puan Nirawaty dan Cik Shamni. Seramai 10 orang pemain yang mewakili pasukan SK Pulau Meranti.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pasukan Bola Jaring SK Pulau Meranti merangkul Tempat Ketiga di Kejohanan Bola Jaring MSSD Sepang 2019. Pujian harus diberi kepada pasukan Bola Jaring SK Pulau Meranti kerana sentiasa memberi semangat di antara satu sama lain ketika ada rakan sepasukan mereka yang sudah jatuh kerana kecewa. Tahniah kepada semua pemain yang sentiasa bersungguh-sungguh ketika setiap kali perlawanan. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada semua pentadbir sekolah (Puan Siti Habsah, Encik Mohd Azmin, Datin Nora, Datin Noraizah dan Puan Nor Saadah), guru-guru Kelab Permainan Bola Jaring sekolah (Puan Rabiatul Adawidyah, Puan Suzila) yang sentiasa memberi sokongan dan nasihat sepanjang kejohanan ini. Insyaallah, diharapkan mereka dapat buat yang lebih pada tahun yang akan datang.

Perlawanan
Jaringan
Status
SKPM  VS  SKTPP
6 - 3
MENANG
SKPM  VS  SKTPSP
5 – 6
KALAH
SKPM  VS  SJKT BBST
11 – 4
MENANG
SKPM  VS  SK KLIA
6 – 5
MENANG
SKPM  VS  SK CYBERJAYA
8 – 12
KALAH
SKPM  VS  SKKW
3 – 0
MENANG (TEMPAT KE-3)













No comments: