Monday, February 11, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 7 SESI PETANG

Tarikh   : 11 Februari 2019
Hari      : Isnin
Masa    : 3.40 -4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu

GURU BERTUGAS:

  • Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis : Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Bacaan Doa : Muhammad Ammar Iskandar
  • Ikrar Murid : Nur Qalesya Hannah
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Nyanyian 3 buah Lagu iaitu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah



LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS:
  • Disampaikan oleh En. Mohd Riza Feelaqiz Bin Shauri.
  • Disiplin murid masih lagi kurang memuaskan.
  • Murid-murid perlu patuhi peraturan sekolah seperti termaktub di dalam buku disiplin sekolah.
  • Murid-murid yang mempunyai masalah disiplin akan dikenakan tindakan oleh guru disiplin.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU INI:
  • Disampaikan oleh Pn. Nasibah Binti Sairi.
  • Tema pada minggu ini ialah sikap dan tanggungjawab terhadap diri, kelas dan persekitaran sekolah.
  • Murid-murid haruslah bertanggungjawab terhadap harta benda sendiri.
  • Murid-murid juga perlu tanamkan nilai-nilai murni seperti sikap ambil peduli tentang sampah disekeliling kelas dan persekitaran sekolah.
  • Murid-murid juga perlu menjaga adab ketika berada di dalam surau agar surau terpelihara dengan baik.
  • Murid-murid juga perlu tanam rasa tanggungjawab ke atas kebersihan kelas masing-masing agar berada di dalam keadaan yang kondusif untuk sesi pembelajaran.
  • Pn. Nasibah memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini kepada murid.



**Perhimpunan rasmi ditangguhkan pada jam 4.10 petang.


No comments: