Monday, February 18, 2019

PELANCARAN PROGRAM " JOM KE SEKOLAH 2019 "

Pada 18 Februari 2019 - Isnin - Unit Bimbingan & Kaunseling & Unit Hem telah melancarkan Program " JOM KE SEKOLAH 2019 ".

Pegawai Perhubungan Sekolah , Lans. Koperal Ahmad Shahrastani, Balai Polis Putra Perdana telah dijemput untuk merasmikan program ini.

Program ‘ Jom Ke Sekolah Erat Kerjasama PDRM-KPM Lahir Murid Holistik ’ ini adalah program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku di kalangan murid sekolah. Program ini wajid dilaksanakan oleh semua sekolah.
Matlamat utama program ini adalah untuk menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah dan mencegah salah laku murid daripada terlibat dalam kegiatan jenayah atau tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Program ini akan dilancarkan oleh Pegawai Perhubungan sekolah dan menurut          YB Dr Maszlee Pegawai Perhubungan Sekolah akan mengadakan kunjungan ke sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya dapat memberi nasihat dan panduan kepada kedapa murid-murid semasa perhimpunan sekolah.
YB Dr Maszlee juga turut memperkenalkan tagline “ Dadah Tak Cool” bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang bahaya dadah. Beliau berharap para murid akan menjadikan tagline ini dalam kehidupan seharian mereka bagi memerangi gejala dadah.

1.0 
Objektif program ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang mantap antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah di samping  juga untuk
·         Menggalakkan murid hadir ke sekolah.
·         Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
·         Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan murid.
·         Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
·         Mencapai ETR kehadiran sekolah (95%)
·         Meningkatkan kesedaran bahaya dadah
2.0      MOTTO

“ DATANG DENGAN HARAPAN… PULANG DENGAN KEJAYAAN






En. Syukur - Pengacara Majlis Program " Jom Ke Sekolah 2019 "



Doa dibacakan Oleh Ust. Helmi

Ucapan Amanat Program " Jom Ke Sekolah " YB Menteri Pelajaran Dr. Mazslee oleh  Pn. Siti Habsah, Guru Besar SK Pulau Meranti




Penyampaian Amanat oleh Pegawai PPS PDRM Lans. Koperal Ahmad Shshrastani

Perasmian Program " Jom Ke Sekolah 2019 "



PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH - LANS. KOPERAL AHMAD SHAHRASTANI MEMBUKA TIRAI PAPAN KENYATAAN PPS SEBAGAI GIMIK PELANCARAN 



Pegawai Perhubungan Sekolah  menandatangani Papan Kenyataan Tersebut.


Ketua Pengawas Melafazkan Ikrar Sifar Ponteng







No comments: