Pada 9 Februari 2023 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik (HBA) kali kedua bagi sesi 2022/2023 bagi murid Prasekolah hingga murid Tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan dan pencapaian prestasi akademik murid.
Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.
Objektif Hari Bicara Akademik;
- Mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid.
- Dapat suaikenal antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid.
HEBAHAN INFO HARI BICARA AKADEMIK
PRASEKOLAH
TAHUN 1
TAHUN 2
TAHUN 3
TAHUN 4
TAHUN 5
TAHUN 6
Syabas dan tahniah kepada semua ibu yang hadir pada hari ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang telah hadir dan memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajaran anak masing-masing.
No comments:
Post a Comment