Tuesday, February 28, 2023

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN SESI 2022/2022

 

     Pada 14 Februari 2023, Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah berjaya menjalankan Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Penyampaian Sijil sebagaimana yang telah dirancang.

    Usaha hebahan telah dilakukan oleh ahli jawatan kuasa terlibat menerusi arahan hebahan berkala melalui aplikasi whatsApp kelas-kelas. Majlis ini telah dibahagikan kepada sidang 1 dan sidang 2. Sidang 1 merupakan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Unit Kokurikulum yang berlangsung pada pukul 7.30 pagi manakala Sidang 2 pula merupakan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Sijil Unit Hal Ehwal Murid yang berlangsung pada pukul 10.40 pagi.

   Program dimulakan dengan ucapan daripada Puan Haniza dan Puan Rabiatul Adawiyah yang mengalu-alukan ketibaan Yang Di-Pertua PIBG, Encik Azwan Hazle Bin Aminuddin. Seterusnya, Ustaz Shamsoe Riza mengetuai bacaan doa bagi memberkati majlis tersebut.

    Persembahan tarian daripada murid PraSekolah sebagai pembuka tirai majlis telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir. Gimik pelancaran yang telah dirancang oleh Cikgu Rizwan dan Cikgu Amira juga sangat menarik dan berjalan lancar seperti yang dirancang.

  Tepat jam 9.00 pagi, majlis diteruskan dengan Penyampaian Sijil Apresiasi Murid. Jawatankuasa yang terlibat dalam pengurusan murid sepanjang sesi penyampaian sijil telah menjalankan tugas yang sangat baik kerana pergerakan murid berjalan dengan baik,tersusun dan kemas.

   Kira-kira jam 10.00 pagi majlis berehat sebentar selama 40 minit sebelum sesi Penyampaian Sijil Penghargaan dimulakan.Penyampaian Cenderahati kepada guru-guru turut disertakan bagi menghargai semua usaha guru dalam menjayakan segala aktiviti kokurikulum sepanjang sesi 2022/2023.


Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil dan anugerah!


MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN 2022/2023

LENSA KAMERA

 

       Persembahan Pembukaan daripada murid PraSekolah

 

       Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Shamsoe Riza


 

Majlis dirasmikan oleh Encik Azwan Hazle bin Aminuddin 

 (Yang Di-Pertua PIBG)


Ucapan alu-aluan daripada Puan Siti Habsah binti Ahmad

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti)


Barisan Urusetia Program


Anugerah Tokoh: Gemilang Kokurikulum 2022/2023

Azra Raihana binti Azrin (Kelas 5D)

 

Penerima-Penerima Anugerah Kokurikulum 2022/2023


 Barisan Dif-Dif Kehormat 

Barisan Penerima Anugerah daripada Kalangan Guru-Guru   

Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

(Barisan Murid) 

Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti

(Barisan Guru)  

 

Terima Kasih diucapkan kepada semua warga SKPM, Jawantankuasa PIBG, dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

No comments: