Friday, February 17, 2023

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023


16 Februari 2023 (Khamis) - Telah berlangsung Majlis Apresiasi Kecemerlangan Murid Sesi Persekolahan 2022/2023 di Dewan Seri Meranti dengan gemilangnya. Majlis bermula tepat pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Aktiviti tahunan sekolah bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik. Hal ini secara tidak langsung dapat membakar semangat murid agar terus gigih berusaha pada masa akan datang. Pada masa yang sama, diharap agar dapat memberi motivasi kepada murid yang lain. 

Majlis pada hari ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Shaffee bin Md Yasin (Ahli Majlis Pengerusi JPP Zon Pulau Meranti). Turut hadir di majlis ini ialah YDP PIBG SK Pulau Meranti, En. Azwan Hazle bin Aminuddin. Seramai hampir 100 orang ibu bapa/penjaga murid yang menerima anugerah hadir memeriahkan majlis.

Graduasi prasekolah adalah seramai 100 orang, graduasi tahun 6 seramai 111 orang, manakala penerima Anugerah Citra Bestari adalah seramai 100 orang murid.

Berikut ialah aturcara bagi majlis pada hari ini.


Berikut ialah senarai penerima Anugerah Khas pada hari ini:

  • Tokoh NILAM Prasekolah : Hud Hayder bin Mohammad Ammirul Asswat (Pra D)
  • Tokoh NILAM Tahap 1 : Nur Haninah binti Badron (3 Zamrud)
  • Tokoh NILAM Tahap 2 : Muhammad Azhad bin Badron (6 Jupiter)
  • Tokoh Sinar Bestari : Muhammad Akmal Irsyad bin Ali Imran (6 Jupiter)
  • Tokoh Sinar Nurani : Aulia Chairunisa binti Chairul Akbar (6 Jupiter)
  • Tokoh Sinar Kesatria : Muhammad Fa'iz Hakim bin Mohd Hat'ta (6 Jupiter)

Tokoh Bitara telah dianugerahkan kepada Muhammad Fa'iz Hakim bin Mohd Hat'ta

TAHNIAH diucapkan kepada semua murid yang berjaya!

Sebahagian Hadiah Murid

Pendaftaran Ibu Bapa

Ucapan Guru Besar, YDP PIBG, Perasmi

Persembahan Pembukaan oleh Murid Prasekolah

Penyampaian Sijil Prasekolah


Anuegrah Gerinda Kristal


Tokoh NILAM Prasekolah, Tahap 1 & Tahap 2


Penyampaian Sijil Tahun 6

Persembahan Selingan Tahun 6


Anugerah Citra Bestari

Persembahan Penutup oleh Murid-murid 2 Alpha

                                      
Tokoh-tokoh Sinar

Tokoh Sinar Bestari

Tokoh Sinar Nurani

Tokoh Sinar Kesatria

Tokoh Bitara

Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKPM, Jawatankuasa PIBG, penyumbang-penyumbang hadiah dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.


Dikongsikan juga 

Buku program majlis pada hari ini : https://heyzine.com/flip-book/aaaea96fbf.html 

Video Kenangan Tahun 6: https://www.youtube.com/watch?v=WuFOtEDwm6E





No comments: