Monday, July 1, 2024

LAPORAN GURU BERTUGAS SESI PAGI MINGGU KE 15

 TARIKH           : 1-5 JULAI 2024

MINGGU           KE-15

TEMA                : SALING MEMAAFI

KUMPULAN     KUMPULAN 3

 

GURU BERTUGAS:

1. PN. ROSIDAH BT AWANG LAH(KETUA)

2. PN. NORAZMAH BINTI CHE OMAR

3. TUAN ASRI BIN TUAN DERAMAN

4. EN.NOORHISHAM BIN MOHD NOR





PERHIMPUNAN RASMI 

Tempat : Dataran berbumbung

Masa : 7.30-8.00pagi


Perlaksanaan Prhimpunan

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian :-

* Lagu Negaraku

* Lagu Negeri Selangor

* Lagu Sekolah

Doa Dibacakan Oleh :- Muhammad Aqeef Izdiyad (6Iswara)

Rukun Negara Dibacakan Oleh : Farah (6Beta)

Ikrar Murid dibacakan oleh : Nuh Rayyan (5 Topaz)


Laporan guru bertugas minggu lepas : Pn. Idayu

1. Murid diminta segera berkumpul apabila loceng tamat rehat dibunyikan.

2. Murid juga diminta menjaga kebersihan di tempat makan.

Ucapan guru bertugas : Pn. Rosidah

1. Menerangkan tema pada minggu ini ialah saling memaafi. Murid-murid diminta menjadikan amalan suka bermaafan, bukan sahaja pada hari raya tetapi pada setiap hari.


Ucapan bagi unit Disiplin Ustaz Helmi

  1. Murid diingatkan memakai pakaian rasmi yang lengkap pada hari Isnin.
  2. Jika ada latihan sukan dan sebagainya,  ,urid-murid boleh menukar sukan selepas waktu perhimpunan rasmi.

Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum: Pn Raihan

1. Menasihati murid belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan.

2. Murid Tahun6  digalakkan menerima jika menadapat tawaran ke sekolah berasrama penuh


Hadiah Keceriaan Kelas bulan Jun.

1. Ustaz Salsolri mengiringi Guru Besar untuk menyampaikan hadiah.

2. Pemenang keceriaan kelas pada bulan Jun ialah kelas 4 Gamma.








Perhimpunan ditanggunhkan pada pukul 8.05 pagi.

No comments: