Tuesday, July 2, 2024

PROGRAM PENGHAYATAN HADIS 40 IMAM NAWAWI

 Alhamdulillah, tanggal 28 Jun 2024 bersamaan 21 Zulhijjah 1445H, Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah berjaya melancarkan Proram Penghayatan Hadis 40 Imam Nabawi. 

Acara dimulai dengan ucapan oleh Penyelaras Program iaitu Ustaz Muhamad Farhan bin Muhamad Ali yang menerangkan tentang penghayatan hadis 40. Selesai sahaja ucapan penyelaras,, program diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar, Hajah Norlita binti Ramli. Semua guru dan murid khusyuk mendengar ucapan yang disampaikan oleh beliau.Majlis diteruskan dengan menjemput Guru Besar untuk merasmikan Peluncuran Hadis 40 serta gimik pelancaran.

Objektif program ini diadakan adalah untuk menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islamiah yang berupaya mengangkat kemuliaan insan ( karamah Insaniah ) serta melahirkan pelajar yang memahami cara pemikiran dan pandangan yang sesuai dalam menangani isu semasa berpandukan Al-Quran dan As Sunnah. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah bacaan hadis 40 yang dibaca oleh seorang guru agama yang ditugaskan mengikut giliran setiap hari jumaat serta sedikit tazkirah berdasarlkan hadis tersebut.

Semoga program yang dirangka ini dapat menimbulkan kesedaran dalam memahami cara pemikiran dan pandangan yang sesuai dalam menangani isu semasa berpandukan Al-Quran dan As Sunnah kepada semua warga SKPM.


LENSA KAMERA







No comments: