Friday, July 12, 2024

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1446H/ 2024M

TARIKH: 12 JULAI 2024 (JUMAAT)

TEMPAT: SK PULAU MERANTI


Maal Hijrah merupakan perkara penting yang berlaku dalam sejarah islam. Hijrah dalam bahasa ertinya perpindahan. Dari segi istilah pula bermaksud perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-13 nabi dilantik menjadi rasul.

Menyedari hakikat ini, program ini dilaksanakan bagi menyingkap iktibar di sebalik berlakunya peristiwa hijrah dan dikaitkan dengan hijrah masa kini.

Majlis dimulakan dengan bacaan yasiin pimpinan murid tahun 5, Iman Ziqri bin Aminnoorhisham dan Nur Muhammad Rizqy bin Ramlan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan perkongsian hadis ke 3 dari hadis 40 oleh Ustaz Muhammad Hilmi bin Jumri. Ceramah ringkas Maal Hijrah disampaikan oleh Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman.


Bacaan yasiin oleh murid SKPM


Perkongsian hadis ketiga dari hadis 40 oleh Ustaz Helmi


  

Ceramah ringkas Maal Hijrah oleh Ustaz Asri.


Selain itu, aktiviti-aktiviti lain juga turut dilaksanakan untuk murid-murid. Aktiviti mewarna bagi murid tahun 1, 2 3 dan 4 dilaksanakan semasa pdpc serta kuiz bagi murid tahun 5 dan 6, juga dilaksanakan semasa pdpc.

Ceramah sempena Maal Hijrah sesi petang dilaksanakan pada 4.50 petang disampaikan oleh Ustaz Shamsoe Riza bin Mohamed.

Diharapkan program ini dapat mendedahkan peristiwa penting dalam sirah nabawiyyah dan mudah-mudahan  menambahkan ilmu, keimanan dan ketakwaan semua warga SK Pulau Meranti.

No comments: