Tarikh: 4 November 2024
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Berbumbung, SK Pulau Meranti
Pengacara Majlis: Adik Amirah Rania binti Amir Faisal, 5 Delima
Kumpulan Guru Bertugas: Kumpulan 2
Senarai Guru Bertugas:
1) Puan Idayu binti Ayob
2) Puan Diana binti Mohd Yusoff
3) Encik Nordin bin Mat Hussin
4) Puan Juli binti Mahbah
Agenda Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Fifie Mellydia binti Mazzuki, 6 Saga
- Bacaan Doa oleh Adik A'isy Reefqi Kamal bin Abdullah, 6 Iswara
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Adik Amirah Rania binti Amir Faisal, 5 Delima
- Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Hadif Naqiuddin bin Fairul Azelee Shah, 4 Alpha
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Norhalida binti Ishak)
- Disiplin murid adalah terkawal. Tahniah diucapkan kepada semua murid.
- Kehadiran murid mendukacitakan apabila hampir kepada cuti sekolah.
3. Ucapan Guru Disiplin (Encik Mohamad Helmi bin Jumri)
Topik: Kebenaran keluar kelas
- Murid-murid tidak dibenarkan keluar secara berpasangan kerana akan terjadi 'berjalan-jalan' dan ambil masa yang lama untuk kembali semula masuk ke kelas.
- Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas pada masa pertama.
4. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini (Puan Idayu binti Ayob)
Tema: Awas, bahan terlarang
- Maksud: sebarang bahan yang boleh membahayakan kesihatan, keselamatan atau menyebabkan masalah kepada kesihatan
- Bahan terlarang ialah dadah, alkohol, rokok, vape dan bahan tajam yang membahayakan
- Bahaya bahan terlarang mengakibatkan: mengakibatkan ketagihan dan merosakkan imun badan
- Murid perlu lapor kepada guru jika mengetahui rakan membawa bahan terlarang dan nasihat kawan
Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment