Thursday, November 28, 2024

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SESI PETANG TAHUN 2024

 Pada 27 November 2024, Rabu Unit Hal Ehwal Murid telah melaksanakan Sambutan Hari Kanak-Kanak di SKPM dengan tema "Buah-Buahan & Sayur-Sayuran".

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga ialah generasi yang bakal mewarisi dunia ini daripada kita. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah yang merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.

 

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktiraf oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959, PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-kanak Sedunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

 

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengisytiharkannya sebagai hari persaudaraan sejagat dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia.


OBJEKTIF

                            i.          Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia.

                           ii.          Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.

                          iii.          Sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak.

                         iv.          Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.

                          v.          Memilih Tokoh Kanak-kanak peringkat sekolah sebagai satu peransang untuk meningkatkan kecemerlangan dalam semua aspek.

                           vi. Memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak yang bakal mewarisi dunia kelak


Link Buku Program : Klik di sini




Pengerusi Majlis Cilik



Juri Pertandingan Fashion Show




  

  

  

  

  


  

  

  

  
Murid memperagakan pakaian bertema Buah-Buahan & Sayur-Sayur


Juri sedang mengira markah untuk memilih pemenang


  

  

  

   

  

  

  

  

  

  

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Fashion Show

Aktiviti Tahun 1 - Dip Fruits

  

  



Aktiviti Tahun 2 - Cocktail Friut



  


Aktiviti Tahun 3 - Fruit Salad


  


PERTANDINGAN MERANTI GOT TALENT


  

  

  


Juri Meranti Got Talent 

  

  

  

  

  

  

Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Meranti Got Talent
Penyampaian Hadiah Bagi Pemenang Grand Prize Meranti Got Talent


  






 

No comments: