Pada hari ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan satu program khas buat semua murid Tahun 6 iaitu Program Ceramah Pembudayaan Disiplin dan Program Alam Menengah. Program ini telah bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari di Dewan SK Pulau Meranti (SKPM).
Para peserta sangat bertuah kerana didatangi dua orang penceramah yang pakar dalam memberikan ceramah Pembudayaan Disiplin oleh Puan Siti Hanis binti Abdul Rahman, Guru Disiplin SMK Putra Perdana. Ceramah Alam Menengah pula disampaikan oleh oleh Puan Hasliza binti Hassan, Kaunselor SMK Putra Perdana.
Maklumat berkaitan program:
Tarikh: 14 November 2024
Masa: 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SKPM
Sasaran: Semua murid Tahun 6 berjumlah 106 orang
Objektif Program:
- Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan situasi sekolah menengah.
- Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah dan menanam usaha dari awal persekolahan bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan diri pada masa depan.
- Memberi pengisian dan pengetahuan dari segi mental dan fizikal kepada murid Tahun 6 sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Pautan Buku Program, sila klik link berikut: https://anyflip.com/rukoe/qydj/
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga SK Pulau Meranti yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan Program Ceramah Pembudayaan Disiplin dan Program Alam Menengah Tahun 2024. Terima kasih dan syabas juga kepada semua peserta atas kerjasama dan perhatian sepanjang sesi ceramah. Semoga semua peserta telah bersedia melangkah ke Alam Menengah dengan berbekalkan maklumat yang disampaikan oleh dua orang penceramah dan seterusnya memberi impak yang positif kepada para peserta.
Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung:
No comments:
Post a Comment