In shaa Allah, kita akan mula berpuasa mulai 29 Jun 2014 (Ahad). Kami warga Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam. Untuk makluman sempena bulan puasa ini kantin sekolah akan ditutup bagi menghormati bulan Ramadan dan murid-murid yang berpuasa. Waktu persekolahan dalam bulan puasa adalah seperti biasa tiada sebarang perubahan.
Friday, June 27, 2014
Thursday, June 26, 2014
LAPORAN
PERHIMPUNAN MINGGU KE 22 : Bersopan santun dalam pertuturan
Tarikh
: 23 Jun 2014
Masa
: 7.45 - 8.15 pagi
Tempat
: Tapak perhimpunan
Guru Bertugas :
1. Encik
Gopi a/l Ranggaya
2. Puan
Sugunah
3. Puan
Siti Fadhilah binti Zahari
4. Puan
Siti Syamsiddar binti Bagimin
5. Puan
Umi Sarah
Laporan
:
1.
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
·
Nyanyian lagu Negaraku,
Negeri Selangor dan lagu sekolah
·
Bacaan doa oleh Ahmad Alif
Rahimi bin Kamaruzaman
·
Bacaan ikrar Rukun Negara
dan ikrar murid oleh Alisya Aisyah binti Azlan dan Nurzafirah binti
Fairuzzamer.
·
Bacaan ikrar keselamatan
jalanraya oleh Edlyn Abnesha a/p Santhakumaran.
2.Laporan
guru bertugas pada minggu lepas : Encik Yusnizan bin Marzuki
·
Mengingatkan murid agar
sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
·
Mengingatkan murid -murid tahun
enam supaya tidak leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah kerana
peperiksaan UPSR semakin hampir.
3.Perhimpunan
untuk minggu ke 23 dijalankan oleh Unit Beruniform Puteri Islam
·
Tema : Bersopan- santun
dalam pertuturan.
·
Bersopan- santun dalam
pertuturan merupakan amalan yang wajib dilakukan setiap hari selain beramal
ibadah kepada Allah swt. Pertuturan melambangkan keperibadian. Oleh itu,
bersopan - santun dalam pertuturan akan menunjukkan siapa diri kita yang
sebenar.
·
Berdasarkan tema minggu ini
boleh dikaitkan dengan kisah al-Qamah yang mendapat balasan dari Allah swt
kerana tidak bersopan santun dalam pertuturan terhadap ibunya.
4.Ucapan
Guru Penolong Kanan HEM : Puan Noraizah binti Dun
·
Menegur sikap sesetengah
murid yang tidak menghiraukan keselamatan dirinya apabila tidak menoleh kekanan
dan kekiri apabila hendak melintas ke seberang jalan.
·
Amaran telah diberikan
kepada murid-murid agar tidak bermain dikawasan perumahan guru dan dikhuatiri
perkara yang tidak diingini berlaku kerana ada sebahagian bumbung dan juga
dinding telah reput.
5.
Pengumuman pemenang kelas terbersih SK
Pulau Meranti :
·
Kelas terbersih tahap satu :
3 Gemilang
·
Kelas terbersih tahap dua :
5 Gemilang
6.Ucapan
Guru Bimbingan dan Kaunseling : Puan Umi Sarah
·
Mengingatkan murid-murid
supaya lebih berdisiplin semasa didalam kawasan sekolah mahupun dirumah.
·
Mengingatkan murid-murid
bahawa bulan ramadhan yang mulia akan tiba tidak lama lagi.
Monday, June 23, 2014
Majlis Perpisahan En. Muazam & Pn. Azizah
Pada Jumaat 20/06/14 lepas, satu majlis perpisahan untuk En. Muazam dan Pn. Azizah telah diadakan di SK Pulau Meranti. Selepas program bacaan Yaasin, En. Muazam & Pn Azizah telah menyampaikan ucapan masing-masing yang secara keseluruhannya berkisar tentang pengalaman mereka di SKPM & harapan mereka kepada semua murid SKPM supaya berusaha dengan lebih rajin untuk mencapai cita-cita. Mereka juga memohon maaf kepada semua warga SKPM andai ada salah & silap dari segi tutur kata dan perbuatan.
Cikgu Muazam berpindah ke SK (1) Selayang mulai 1 Jun 2014 manakala Pn. Azizah pula ke SK Taman Putra Perdana sebagai Penolong Kanan Kokurikulum mulai 1 Mei 2014. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan bakti yang telah dberikan terhadap sekolah ini. Semoga kalian berdua akan lebih sukses di masa depan.


Majlis bersurai pada jam 1.00 tengahari.
Laporan disediakan oleh Ibrahim bin Zainuddin.
Thursday, June 19, 2014
Peperiksaan Percubaan Tahun 6 (2014)
Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 6 bagi tahun 2014 akan diadakan pada 22 hingga 24 Julai 2014. Jadual Peperiksaan adalah seperti berikut:
|
TARIKH
|
HARI
|
MATAPELARAN
|
MASA
|
|
|
22
JULAI 2014
|
SELASA
|
BAHASA
INGGERIS (KERTAS 1)
|
8.00 – 8.50 pagi
|
50 min
|
|
BAHASA
INGGERIS (KERTAS 2)
|
9.15 – 10.30 pagi
|
1 jam 15 min
|
||
|
MATEMATIK
(KERTAS 1)
|
11.30 – 12.30 tgh
|
1 jam
|
||
|
23
JULAI 2014
|
RABU
|
BAHASA
MELAYU (PENULISAN)
|
8.00 – 9.15 pagi
|
1 jam 15 min
|
|
BAHASA
MELAYU (PEMAHAMAN)
|
9.40 – 10.30 pagi
|
50 min
|
||
|
MATEMATIK
(KERTAS 2)
|
12.00 – 12.40 tgh
|
40 min
|
||
|
24 JULAI 2014
|
KHAMIS
|
SAINS
|
8.15 – 9.30 pagi
|
1 jam 15 min
|
Pesanan untuk murid-murid tersayang, persiapkan diri , minda dan rohani untuk menghadapi peperiksaan ini kerana keputusan Peperiksaan Percubaan akan digunakan untuk permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh. Oleh itu USAHA + DOA + TAWAKAL adalah jalan yang terbaik. Good Luck!
Tuesday, June 17, 2014
Sekolah Ganti Cuti Hari Raya Aidil Fitri
Monday, June 16, 2014
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013: Tahniah!
Bandar Baru Bangi, 13 Jun 2014 - Empat orang guru dan staf dari SK Pulau Meranti telah menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2013 di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Bangi. Penerima APC tersebut adalah Puan Nasibah bt Sairi, Puan Yusnur Aida bt Yusof, Puan Rose Halina bt Jedin dan Encik Azlan bin Kamaruddin. Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mahmud bin Karim, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Selangor. Pihak sekolah mengucapkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan semoga kejayaan ini akan memangkinkan prestasi kerja yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahniah!
![]() |
| Penerima APC 2013 SK Pulau Meranti (dari kiri): Puan Nasibah, Puan Yusnur Aida, Puan Rose Halina & Encik Azlan |
Laporan Perhimpunan Minggu ke-21: Berjimat-cermat.
Tarikh: 16 Jun 2014
Masa: 7.45-8.15 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan
Guru bertugas:
1. Encik Yusnizan bin Ahmad Marzuki
2. Puan Y. Nuryati binti Abu Bakar
3. Puan Diana binti Yusof
4. Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
Laporan:
1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
- Bacaan doa oleh Muhammad Aliff Dzaqwan bin Hasniruddin
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh Nurzafirah binti Fairuz Zamer
- Bacaan ikrar keselamatan jalanraya oleh Edlyn Abnesha a/p Santhakumaran
2. Laporan guru bertugas pada minggu lepas: Encik Muazam bin Mohd Yunus
- Kehadiran hari terakhir sebelum cuti pertengahan tahun kurang memuaskan
- Murid-murid Tahun 6 diingatkan tentang persediaan menjelang UPSR
- Mengucapkan selamat maju jaya dan semoga murid-murid lebih proaktif pada minggu ini
3. Ucapan guru bertugas minggu ini: Encik Yusnizan bin Ahmad Marzuki
- Tema: Berjimat-cermat
- Maksud berjimat-cermat: bersederhana dalam setiap perkara
- Murid-murid boleh mempraktikkan amalan jimat-cermat seperti dalam berbelanja wang saku, dalam menguruskan masa dan dalam menggunakan tenaga elektrik serta air.
- Antara faedah daripada aktiviti berjimat-cermat ialah mendisiplinkan pelajar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
4. Ucapan Guru Disiplin: Encik Daud bin Aris
- Menegur tentang murid yang tidak lengkap dalam pemakaian uniform sekolah - tiada lencana, tiada nametag, tiada tali leher, tidak memakai stokin
- Rambut beberapa orang murid ditegur kerana tidak mengikut peraturan
- Tindakan telah diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan
5. Pengumuman pemenang Pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah Sepang: Puan Roshida bt. Nayan
- SK Pulau Meranti telah menyertai 3 pertandingan iaitu menyediakan sandwich, kraftangan dan hafazan.
- Mashitah bt. Sedik dan Maisarah Adilah binti Mazlan telah menjuarai pertandingan menyediakan sandwich dan akan mewakili daerah Sepang pada 21 Jun 2014 di Shah Alam.
6. Ucapan GPK Pentadbiran: Encik Mohd Azmin bin Atan
- Encik Azmin menegur tentang pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah sepanjang cuti.
- Guru-guru hendaklah menyemak kerja tersebut dan membuat laporan susulan.
- Murid Tahun 6 diingatkan tentang persediaan UPSR.
7. Perhimpunan bersurai pada jam 8.10 dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.
![]() |
| Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Encik Muazam |
![]() |
| Ucapan oleh GPK Pentadbiran: Encik Mohd Azmin |
Subscribe to:
Posts (Atom)

















