Saturday, January 24, 2015

KEM BESTARI SOLAT FASA 1 2015

24/1/2015- Program Kem Bestari Solat Fasa 1 telah diadakan. Sasaran program pada hari ini ialah kepada murid tahap 1. Program KBS ini akan diadakan lagi secara berperingkat-peringkat dengan mewajibkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 yang beragama islam.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini dimulakan dengan aktiviti senaman pagi yang diketuai oleh ustazah Norhalida. Selepas itu murid diberi taklimat untuk pengagihan kelas dan guru yang akan membimbing kelas yang ditentukan.

Pada program KBS Fasa 1 ini, murid dibimbing untuk mengenali perlakuan anggota wudhuk, niat wudhuk, perlakuan solat dan bacaan-bacaan dalam solat. Murid juga dibimbing untuk menghafaz surah-surah pendek yang dipelajari. Selesai LDK di dalam kelas, murid-murid akan dibimbing pula melakukan amali wudhuk dan solat berjemaah di musolla.

Program KBS ini berakhir pada jam 12.00 tengahari. Semoga murid-murid dapat manfaat dengan melaksanakan ibadah solat secara berdisplin  dalam kehidupan seharian mereka.

" Solat Membentuk Keperibadian Insan Sejati "


Gambar-gambar sekitar Kem Bestari Solat 1

Murid-murid sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh ustaz Helmi.



Ustazah Roshida sedang memberi taklimat program kepada murid-murid.

Murid-murid bersedia untuk ke kelas masing-masing.

Murid-murid sedang melaksanakan aktiviti lembaran kerja di dalam kelas.

Ustazah Nordiana sedang melakukan tasmik bacaan kepada muid-murid.

Murid Tahun 1 sedang membuat lembaran kerja yang diberikan oleh guru pembimbing.

Murid-murid sedang latih tubi menghafaz surah-surah pendek .

Murid-murid sedang menghafaz dan latih tubi bacaan dalam sembahyang.
 



Murid-murid tahun 2 sedang melakukan amali wudhuk.



Laporan di sediakan oleh , Nasibah binti Sairi

Program Selaut Kasih, Segunung Harapan Bersama Ibu Bapa Tahun 6

24 Januari 2015, SK Pulau Meranti - Pada pagi ini, satu program bersama ibu bapa anjuran unit 
Gemilang UPSR telah berlangsung. Program Selaut Kasih, Segunung Harapan ini diadakan bertujuan untuk membuat penetapan yuran program Gemilang UPSR yang perlu dibayar oleh ibu bapa tahun 6 bagi menampung kos pelaksanaan aktiviti murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2015. 

Program ini juga diadakan untuk membentangkan aktiviti-aktiviti Program Gemilang UPSR. Pihak sekolah  mengucapkan  terima kasih kepada 52 orang ibu bapa telah hadir ke program ini. Diharap agar pihak sekolah dan ibubapa akan bersama-sama berganding bahu meningkatkan pencapaian UPSR pada tahun ini. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi daripada guru, pelajar dan ibu bapa tidak mustahil untuk SKPM mencapai kecemerlangan pada tahun ini.

Pendaftaran ibubapa pada pagi ini.

Guru-guru yang hadir

En. Daud b. Aris sebagai pengacara majlis program ini

En. Yusnizan b. Ahmad Marzuki memulakan majlis dengan bacaan doa

Guru besar memberikan ucapan

YDP PIBG Datuk Mohd Mahzan B. Tamyiz memberikan ucapan

Guru Besar membentangkan Program Gemilang UPSR 2015

Antara ibubapa yang hadir









Friday, January 23, 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 1436H/2015

Pulau Meranti, 23 Januari 2015- telah diadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Program anjuran Panitia Pendidikan Islam ini diadakan setiap tahun bagi memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dan menanamkan sifat kasih  sayang serta cinta murid-murid terhadap Nabi Muhammad SAW.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan berkumpul di dataran perhimpunan. Seterusnya murid-murid berarak mengikut kelas masing-masing dari dataran perhimpunan sekolah ke jalan besar hadapan sekolah. Sambil berarak, murid-murid dikehendaki berselawat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW. Selepas berarak, murid-murid masuk ke dewan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Helmi bin Jumri. 

Program berakhir pada pukul 10.00 pagi dengan acara kemuncak pengumuman pemenang perarakan terbaik dan berdisiplin. Bagi kategori Tahap 2 Tempat pertama dimenangi oleh kelas 5 Gemilang. Tahniah dan syabas kepada kelas yang menang.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua khususnya kepada murid-murid. Semoga berjumpa ditahun hadapan.

Salam Maulidur Rasul 1436 H



Murid-murid berbaris dengan sepanduk kelas masing-masing.




Pra Sekolah juga tidak ketinggalan dalam perarakan Maulidur Rasul

Sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Ustazah Roshida

Perarakan selawat dimulai dengan kelas 6 Gemilang




Ucapan alu-aluan daripada En Azmin, GPK Pentadbiran.

Ustaz Helmi sedang menyampaikan ceramah Maulidur Rasul


Kumpulan Tahun 6 yang membuat persembahan Nasyid yang bertajuk Rasulullah.



Laporan disediakan oleh :
Nasibah binti Sairi



Monday, January 19, 2015

Laporan Minggu ke-2 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 2 (2015)

Guru Bertugas :
1) En. Mohd Taufik B. Abdul Rahman
 2) Pn. Salinda Bt Kadri
3) Pn. Siti Fadhilah Zahari
4) Pn. Sugunah
5) Pn. Nurdiana Bt Aminuddin
Laporan:

  • Pengerusi Majlis    : En. Mohd Taufik B. Abdul Rahman
  • Bacaan Doa          :  Muhammad Abu Bakar Ash-Shiddiq Bin Mohd Mahzan
  • Ikrar Rukunegara  : Muhd Kamarul Hisham Bin Kamaruzzaman
  • Ikrar Sekolah        :Farah Wahida Bt Azian
  • Ikrar Jalanraya      : Muhammad Syamil Hafiz Ahmad  Mohzir




Sesi perhimpunan pagi Isnin minggu ke-2 bermula

Bacaan ikrar oleh pengawas bertugas



 
 
Bacaan doa oleh pengawas bertugas  










Amalan guru penyayang oleh guru yang bertugas di pintu pagar sekolah








 Ucapan Guru bertugas :En. Mohd Taufik

1)Mengulas tema minggu ini iaitu 'Menepati masa'
2)Mengaitkan tema dengan cara murid-murid menepati masa untuk menghadiri waktu
   kokurikulum iaitu murid wajib hadir pada pukul 2.30 petang
3)Beliau juga menceritakan sejarah unit beruniform pengakap dan bersoal jawab dengan murid

Ucapan Guru Bertugas Minggu Lepas:En. Daud Aris

1) Memberi amaran kepada murid-murid yang datang lewat selepas jam 7.30 pagi tidak
    mengulangi kesalahan yang sama
2)Meminta murid menyampaikan pesan kepada ibu bapa supaya tidak meletakkan kenderaan di hadapan pintu pagar masuk kerana menghalang laluan kereta-kereta guru
3)Murid juga diminta berjalan mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan
4)Murid juga perlu menjaga kebersihan tandas seperti menjaga kebersihan tandas di rumah
5) Murid juga perlu menjaga duit belanja masing-masing dengan lebih berhemah kerana banyak berlaku kehilangan duit

Ucapan GPK Pentadbiran:En. Mohd Azmin B. Atan

1)Menasihati murid-murid supaya menumpukan pembelajaran terhadap guru di dalam kelas
apatah lagi khasnya murid-murid tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.
2)Murid-murid juga perlu mendengar kata ibu bapa dan guru untuk mendapat keberkatan ilmu.


Majlis perhimpunan diakhiri dengan lagu Malaysia Berjaya.


Laporan disediakan oleh:
Pn. Salinda binti Kadri
Guru bertugas Minggu ke-2 ,2015

Friday, January 16, 2015

PROGRAM MAJU DIRI HARI TERAKHIR

PROGRAM MAJU DIRI ( PMD ) telah berjaya sampai ke penghujung.Program PMD ini dijalankan selama seminggu iaitu dari 12 Januari hingga 16 Januari 2015 untuk murid tahap 2. Sepanjang program ini murid dan semua guru memberikan kerjasama yang padu dan baik. Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama untuk menjayakan program sulung Unit Bimbingan dan Kaunseling pada tahun 2015.Kejayaan program ini akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada unit bimbingan dan kaunseling untuk terus melaksanakan program yang seterusnya dengan lebih cemerlang lagi.

 Sekapur sireh seulas pinang, Terima kasih tidak terbilangDoa dan harapan untuk kejayaan  Semuga SKPM terus gemilang.












DISEDIAKAN OLEH,
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK PULAU MERANTI
2015

PROGRAM BACAAN YASSIN



16.1.2015 - Jumaat
7.25 pagi

Aktiviti bacaan Yassin dijalankan pada setiap hari Jumaat. Semoga anak-anak SKPM akan menjadikan yassin sebagai bacaan harian mereka.



KEBERKATAN SURAH YASSIN

Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“

Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.




 
 

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2015 (BKAP)

Pembayaran BKAP telah diadakan pada 14 Januari 2015 (Rabu) pada jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang di kantin sekolah. BKAP ini hanya dibayar kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja. Kedatangan para ibu bapa/penjaga amat menggalakkan. 

Terima kasih diucapkan kepada pihak polis kerana telah sudi menghulurkan bantuan khidmat eskot semasa pihak sekolah menggeluarkan wang  di bank dan juga mengadakan khidmat rondaan semasa pembayaran dijalankan.







Suasana semasa pembayaran dilakukan.