Thursday, September 5, 2024

KEMPEN MEMBUDAYAKAN MINUM AIR KOSONG

KEMPEN MINUM AIR KOSONG
“1 MURID, 1 BOTOL AIR”

Hari: Rabu
Tarikh: 4 September 2024
Sesi pagi: 7.20 pagi di Dataran Perhimpunan
Sesi petang: 12.50 tengah hari di Dataran Berbumbung


PENGENALAN 
Program ini merupakan salah satu program di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang dikelolakan oleh Unit Kesihatan dan Rawatan bagi menyebar informasi terkini mengenai kelebihan minum air kosong. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat. Program ini dilaksanakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan berkaitan kepentingan minum air kosong dalam kalangan murid. Kesedaran murid-murid amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan.

OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui pengambilan air kosong. 
Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid. 
Membiasakan pengambilan air kosong dalam kalangan murid.

FAKTA MINUM AIR KOSONG 
Orang dewasa perlu ambil 6-8 gelas air setiap hari.
Kanak-kanak 2-6 tahun perlu 4-6 gelas air setiap hari 
Air kosong TIADA KALORI (0 KCAL). 
Pengambilan aiir yang cukup membantu mengekalkan metabolisme badan yang baik.

Sumber : Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia

MINUM AIR SECUKUPNYA SETIAP HARI 
Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.
Minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak dahaga.
Minum air kosong 2 gelas lebih dari biasa apabila anda melakukan aktiviti fizikal.

SUNNAH KETIKA MINUM
Minum dengan tangan kanan
Minum dengan posisi duduk.
Mengucap “basmallah” sebelum minum. 
Tidak meniup dan bernafas pada bekas minuman.
Setelah minum ucapkan alhamdulillah.

Lebihkan pengambilan AIR KOSONG terutamanya ketika musim PANAS bagi mengelakkan DEHIDRASI. 
Minum 6-8 gelas sehari. 

JOM MINUM AIR KOSONG!

JAWATANKUASA INDUK 
Pengerusi
Hjh Norlita Binti Ramli (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi
En. Muhamad Samsolri Bin Ismail (GPK HEM)

Naib Pengerusi I
Pn. Parimala A/P Vengadaslam (GPK Petang)

Naib Pengerusi II
Pn. Rosmah Binti Jamat (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi III
Pn. Raihan Binti Md Faissal (GPK Kokurikulum)

AHLI JAWATANKUASA KERJA 
NAMA AJK

1.Poster, bunting, hebahan
Diana Binti Mohd Yusoff

2.Pengacara majlis sesi petang, laporan dokumentasi
Norizan Binti Mohd Ayub

3.Jurugambar, kawalan murid
Che Mariah Binti Ngah

4.Pengacara majlis sesi pagi
R.Gopi a/l Rangaya

5.Jurugambar, kawalan murid
Nordin Bin Mat Hussin

6.Posting blog
Rosidah Binti Awang Lah

7.Jurugambar, posting FB
Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan

8.Jurugambar, kawalan murid
Nurshazwani Binti Hamzah

Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih buat Guru Besar, barisan pentadbiran sekolah, guru-guru, AKP, ibu bapa serta murid-murid yang menyokong dan menggerakkan kempen ini secara langsung atau tidak langsung. 
Semoga warga SK Pulau Meranti sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t selalu. 

TERIMA KASIH SEMUA.

Lensa Kamera ( Sesi pagi )


Lensa Kamera ( Sesi Petang )

Tuesday, September 3, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke 25 Sesi Petang

 TARIKH         : 2 September 2024 - 6 September 2024

MINGGU       : KE-25

TEMA            : Tokoh Kemerdekaan

KUMPULAN  : KUMPULAN 4 

 

GURU BERTUGAS:

1. TN. HJ. SOFIAN B. ABDULLAH (KETUA)

2. PN. NASIBAH BT SAIRI

3. PN. SHURAUNEE HANIM BT MOHAMMAD

4. PN. SUGUNAH RAMAMOORTHY

5. CIK. KHAIRUNNISA BT CHE NOH 




PERHIMPUNAN RASMI 

Tempat : Dataran berbumbung

Masa : 5.50- 6.20pm


Perlaksanaan Prhimpunan

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian :-

* Lagu Negaraku

* Lagu Negeri Selangor

* Lagu Sekolah

* Bacaan Doa - Dibaca oleh Aqil Aryan B. Faizal 3 Merak

* Ikrar Rukun Negara - dibaca oleh Nur Hanina Maisara Bt Salamun Hedayat 3 Helang

* Ikrar Murid - Dibaca oleh Muhammad Kasyi Hakim B. Muhammad Khairul Azmi 3 Helang

Perhimpunan diteruskan dengan MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG KEHADIRAN AWAL BAGI BULAN OGOS


Lensa Kemera Perlaksanaan Perhimpunan




Lensa Kemera Penyampaian Hadiah Pemenang Kehadiran Awal Bulan Ogos




Program Mentor Mentee Sesi Petang

 Pada 26 Ogos 2024, Isnin Unit Bimbingan Dan Kaunseling telah Melaksanakan Program Mentor mentee Sesi Petang.





Monday, September 2, 2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' Siri 2/2024

Program Guru Penyayang Menyantuni Murid 'Cemerlang Kehadiran' kembali lagi pada Siri 2/2024 iaitu bermula 16 Ogos hingga 31 Ogos 2024. Tahniah kepada 20 orang murid yang hadir awal. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa / penjaga murid atas kerjasama mengurus penghantaran anak-anak ke sekolah. 

Majlis Penyampaian sijil dan hadiah kepada 20 orang pemenang hadir awal sesi pagi dan 20 orang pemenang hadir awal sesi petang telah dilaksanakan pada 2 September 2024 (Isnin). Senarai nama pemenang hadir awal Siri 2/2024 :


Lensa Kamera Bagi Sesi Pagi: 






                                                Lensa Kamera Bagi Sesi Petang: 





PELANCARAN PROJEK KmR - MERANTI BENTO



TARIKH : 26 OGOS 2024

MASA:  7.30 PAGI (SESI PAGI) & 1.00 PETANG (SESI PETANG)

TEMPAT: DATARAN BERBUMBUNG

Objektif program ini dilaksanakan adalah:

  • Meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat melalui pendidikan kepada murid berkaitan makanan yang seimbang dan bernutrisi serta mengajar murid untuk mengenali jenis-jenis makanan untuk kesihatan dan makanan yang perlu dielakkan.
  • Menggalakkan tabiat pemakanan sihat melalui pemupukan amalan pemakanan yang betul dari usia muda mendorong murid untuk memilih makanan yang sihat dalam kehidupan seharian.
  • Meningkatkan prestasi akademik dan fizikal kerana murid dapat meningkatkan tumpuan dan stamina serta kecergasan fizikal murid melalui diet yang seimbang.
  • Meningkatkan persekitaran sekolah yang sihat melalui penyediaan makanan sihat di kantin sekolah dan polisi pemakanan sihat di sekolah, termasuk mengawal penjualan makanan ringan yang tidak sihat.
  • Melibatkan ibu bapa dan komuniti melalui sokongan daripada ibu bapa dan penjaga dalam usaha menyediakan makanan sihat dari rumah dan program pemakanan sihat melalui ceramah, bengkel dan aktiviti bersama oleh komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pegawai PPD; Encik Lukman bin Abdullah, YDP PIBG SK Pulau Meranti; Encik Azwan Hazle bin Aminuddin, Encik Haslan bin Ahmad, barisan pentadbir SK Pulau Meranti, guru- guru dan staf sokongan dalam menjayakan Pelancaran Projek KmR - Meranti Bento. Semoga dengan terlaksananya program ini akan dapat memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kesejahteraan murid - murid dalam membentuk gaya hidup yang lebih sihat.


Pinggan Sihat Malaysia
 #sukusukuseparuh

Gegantung pelancaran program

Perasmian program sesi pagi oleh YDP PIBG

Gimik pelancaran _ Abang Grab Food

Ole - ole makanan sihat



Cenderahati program kepada wakil Encik Haslan bin Ahmad

Cenderahati kepada YDP PIBG

Ucapan perasmian oleh Encik Lukman bin Abdullah semasa sesi petang




Pelancaran sesi petang oleh Encik Lukman bin Abdullah

Serahan Cenderahati kepada Pegawai PPD TS25

Khidmat Abang GRAB sesi petang