OBJEKTIF
- Memberi pendedahan dan kesedaran mengenai buli dan pendidikan seksualiti.
- Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan
sahsiah murid.
- Memberi kesedaran awal dan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid
OBJEKTIF
Pada 4 September 2025 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik (HBA) kali pertama bagi sesi 2025 bagi murid Prasekolah hingga murid Tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan dan pencapaian prestasi akademik murid.
Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.
| Pendaftaran dikendalikan oleh PRS |
| Ucapan Guru Besar, En. Khairil Anuar bin Othman |
| Bacaan doa yang disampaikan oleh Ust Helmi |
![]() |
| Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) |
![]() |
| Penyampaian cenderamata |
![]() |
| Sesi bergambar barisan pentadbir, guru tahun 6 dan PRS |
Tarikh: 4 Ogos - 8 Ogos 2025
Minggu: 24
Tempat: Bilik Darjah
Kumpulan: 5
Guru Bertugas:
1. Pn. Norizan
2. En. Kamarulizam
3. Pn. Haniza
4. Cik Salani
Pada minggu ini, sesi Mentor-Mentee telah dilaksanakan dengan tema “Kawan Baik Saya & Sayang Sekolah Saya”. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan santai di mana mentee berkongsi cerita dan pengalaman bersama kawan baik mereka. Seterusnya, murid menyatakan cara-cara mereka menunjukkan rasa sayang terhadap sekolah, seperti menjaga kebersihan kelas, mematuhi peraturan, dan menghormati warga sekolah.
Sepanjang sesi, murid memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan sikap positif. Aktiviti ini berjaya memupuk nilai persahabatan, hormat-menghormati, serta semangat cintakan sekolah dalam kalangan mentee.