Friday, January 16, 2026

Program Minggu Pertama Persekolahan Tahun 2026 (Sesi Pagi)

Pagi cerah burung bernyanyi,
Langkah bermula penuh ceria;
Sekolah dibuka dengan senyuman murni,
Menyemai harapan mencorak insani.

Pergi ke sekolah membawa harapan,
Adab dijaga jadi keutamaan;
Ilmu dicari penuh kesungguhan,
Akhlak mulia jadi pegangan. 

Minggu pertama persekolahan merupakan langkah awal yang penting dalam perjalanan pembelajaran murid. Selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.5 Tahun 2023, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai aktiviti seawal hari pertama bagi mewujudkan suasana sekolah yang ceria, mesra dan selamat. 

Pelaksanaan aktiviti yang santai, menyeronokkan dan bermakna ini memberi ruang kepada murid untuk menyesuaikan diri, membina keyakinan serta menyemai adab, sahsiah dan motivasi diri. Penekanan turut diberikan kepada kesejahteraan emosi agar murid hadir ke sekolah dengan rasa gembira, tenang dan bersedia untuk belajar. 

Program ini juga menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara murid, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah. Suasana yang positif dan penuh sokongan ini diharap dapat menjadi asas kukuh dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi, sahsiah dan akademik, seiring aspirasi "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan negara Sejahtera". 










Monday, January 12, 2026

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU PERTAMA (SESI PAGI)

 

  • Tarikh   : 12 Januari 2026
  • Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
  • Tempat  : Meranti Square


Guru Bertugas Sesi Pagi:

  1. En. Tuan Asri bin Tuan Deraman
  2. Pn. Juli binti Mahbah
  3. Pn. Suriatie binti Che Lah
  4. Pn. Siti Nurain binti Jalaluddin
  5. En. Noorhisham bin Mohd Noor


Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis : NUR FARAH HANNAH BINTI NASRUL HADI (6 BETA)
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah 
  • Bacaan Doa : ABDULLAH LUTHFI BIN AHMAD FIRDAUS (6 BETA)
  • Ikrar Rukun Negara :  NUR FARAH HANNAH BINTI NASRUL HADI (6 BETA)
  • Ikrar Murid : ALYA MARWA BINTI KHAIRULAZHAM (6 GAMMA)


Ucapan Guru Bertugas
  • Disampaikan oleh En. Tuan Asri bin Tuan Deraman
  • Tema : Selamat Kembali Ke Sekolah (Visi dan Misi Sekolah)
  • Mengingatkan kembali visi dan misi sekolah


Ucapan Guru Besar
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid.
  • Berharap murid lebih bersemangat pada sesi persekolahan 2026
  • Murid perlu patuhi peraturan sekolah.
  • Murid berasa gembira kembali ke sekolah berjumpa guru-guru dan rakan-rakan. Suasana kelas yang baru, pakaian sekolah baru dan kelengkapan sekolah yang baru.
  • Tiada PdPc pada minggu pertama. Murid akan jalankan aktiviti yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.


Ucapan Perasmian Pelancaran Program Minggu Pertama Persekolahan, Jom Ke Sekolah dan Cakna Kehadiran serta Amalan Sekolah Penyayang
  • Ucapan disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS), SM Roslan bin Rosin
  • Beliau mengingatkan murid tentang masalah buli dan perlu sentiasa patuh pada peraturan sekolah.
  • PPS sangat berbesar hati bekerjasama dengan pihak sekolah dan akan sentiasa memantau keselamatan sekolah dari semasa ke semasa,




Disiplin murid : Baik dan terkawal






Thursday, January 8, 2026

Ziarah Cakna Siri 2/2026

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang..

Tarikh: 8 Januari 2026, Khamis
Masa: 11.00 pagi

Program Ziarah Cakna Siri 2/2026 telah dilaksanakan sebagai manifestasi keprihatinan dan tanggungjawab sosial pihak sekolah dalam menyantuni murid serta keluarganya, di samping menilai situasi semasa secara holistik sebagai asas perancangan sokongan, bantuan dan intervensi yang bersifat berfokus serta berimpak tinggi demi menjamin kebajikan dan kesejahteraan murid secara berterusan. 

Seluruh warga SK Pulau Meranti merakamkan rasa dukacita dan simpati yang mendalam atas pemergian bapa kepada murid terlibat yang telah kembali ke Rahmatullah. Kehilangan ini amat dirasai dan pihak sekolah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikurniakan ketabahan dan kekuatan jiwa kepada ahli keluarga yang ditinggalkan. 

Pergi yang pergi telah ditentukan, 
Takdir Ilahi tiada terdaya,
Kasih sekolah terus disemadikan,
Murid disantuni, jiwa terpelihara.

Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:
1) Dian Ariana binti Noor Irwan (4 Dinamik)
2) Zain Hashim bin Noor Irwan (2 Ibnu Batutta)

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
1) Encik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti
2) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling
4) Puan Sugunah a/p Ramamoorthy, Guru Bimbingan dan Kaunseling
5) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Disiplin
6) Puan Nasibah binti Sairi, Penyelaras Unit Kebajikan
7) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan, Guru Kelas 4 Dinamik



Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Ziarah Cakna Siri 1/2026

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang..

Tarikh: 8 Januari 2026 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi

Program Ziarah Cakna Siri 1/2026 telah dilaksanakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pihak sekolah terhadap murid yang terkesan akibat insiden kebakaran rumah yang berlaku pada 15 Disember 2025. Lawatan ini bertujuan menzahirkan empati, mendapatkan maklumat berkaitan situasi semasa keluarga murid serta merancang sokongan dan intervensi yang bersesuaian demi kesejahteraan emosi dan kelangsungan pembelajran murid. 

Api marak memusnahkan harta,
Abu tinggal saksi peristiwa,
Huluran kasih penguat jiwa,
Sekolah cakna, murid terbela. 


Maklumat murid yang terpilih untuk dikunjungi:
Nama murid: Muhammad Fawwaz Ammar bin Farhan
Kelas: 5 Android

Hadir bersama aktiviti Ziarah Cakna:
1) Encik Khairil Anuar bin Othman, Guru Besar SK Pulau Meranti
2) Puan Fauziah binti Salehoddin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) Puan Juli binti Mahbah, Guru Bimbingan dan Kaunseling
4) Puan Sugunah a/p Ramamoorthy, Guru Bimbingan dan Kaunseling
5) Tuan Asri bin Tuan Deraman, Guru Disiplin
6) Puan Nasibah binti Sairi, Penyelaras Unit Kebajikan
7) Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan, Guru Kelas 4 Dinamik



Sekian, terima kasih.

Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pulau Meranti

Thursday, December 11, 2025

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID 2025

 









                                                                            SESI PAGI












SESI PETANG













TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima anugerah.

BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM DAN HAL EHWAL MURID 2025

 Assalamualaikum w.r.t dan selamat sejahtera.

Berikut adalah buku program Majlis Apresiasi Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid 2025
Terima kasih ✨