Masa : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Bertugas Sesi Pagi:
- Pn. Nurhafizah binti Udin
- Pn. Che Mariah binti Ngah
- Pn. Idayu binti Ayob
- En. R. Gopi
- Cik Najwa binti Wahab
Aktiviti
- Pengerusi Majlis : Nuradriana Batrisyia binti Nordin (6G)
- Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Adeena Safiya binti Mohd Hilmi (6G)
- Bacaan Doa : Muhammad Arief Luqman (5G)
- Ikrar Rukun Negara : Pn. Nurhafizah binti Udin
- Ikrar Murid : Nur Neilyssa Ilyani binti Hasnan (5G)
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Nurhafizah binti Udin
Bacaan Ikrar Rukunegara dan Keselamatan Jalan Raya |
Ikrar murid dan Persetiaan Pengakap |
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
- Laporan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin.
- Peringatan kepada murid supaya berada di kantin sahaja semasa waktu rehat.
- Murid juga diingatkan supaya tidak bermain dan bergurau semasa berada di jalan raya (kawasan luar pagar sekolah semasa menunggu kenderaan sebelum pulang).
Ucapan Minggu Ini: ( Badan Beruniform - Pengakap )
- Ucapan disampaikan oleh Nuradriana Batrisyia binti Nordin.
- Tema pada minggu ini ialah "Sikap Amanah".
- Amanah didefinisikan sebagai jujur dan boleh dipercayai.
- Murid perlu mengamalkan sikap amanah.
- Sikap amanah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu amanah akal dan minda,amanah dari ibu bapa dan amanah dalam tugasan.
Resensi Buku:
Resensi Buku oleh Muhammad Naqeeb dan Muhammad Aniq Musyrif ( 6C ) |
Penyampaian Sijil dan Penghargaan:
- International Girls in Scouting Gathering 2019
- Pertandingan Speed Cube Pesta Buku Selangor 2019
- Pertandingan Bowling Pengakap Peringkat Daerah 2019
- Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah 2019
- Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas - 6 Wawasan
- Penghargaan Kehadiran Penuh Kelas bagi bulan Januari dan Februari
Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Datin Noraizah binti Dun.
- Murid diingatkan tentang kepentingan kehadiran ke sekolah. Kelas yang mendapat peratus kehadiran 90% keatas akan diberi sijil penghargaan.
- Murid juga diingatkan tentang kebersihan kelas masing-masing. Jika murid menggunakan kelas yang kemas dan ceria, perlu menjaganya agar tidak dirosakkan.
***Perhimpunan ditangguhkan pada jam 8:10 pagi.
No comments:
Post a Comment