Sunday, March 10, 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44/2019



SABTU 9 MAC 2019, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKPM Kali Ke-44 bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti bermula jam 8.00 pagi.




Ibu bapa / penjaga, guru dan AJK PIBG mula mendaftar seawal jam 8.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, manakala bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Sofian bin Abdullah.



Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Dalam ucapan tersebut, beliau menegaskan bahawa kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG, kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sekolah gemilang bukan sahaja dari segi akademik tetapi membina modal insan yang mempunyai sahsiah murni dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Majlis diteruskan dengan ucapan YDP PIBG sesi 2018/2019, Datuk Hasnan bin Abdullah. Beliau berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan dan ibu bapa yang sentiasa bersama-sama dalam menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG.


Acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK sesi 2018/2019 telah disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Siti Habsah bt Ahmad. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK atas khidmat dan sumbangan sepanjang sesi 2017/2018 - 2018/2019.


Persembahan Multimedia
Sementara menunggu ketibaan YB Tuan Adhif Syan, majlis berhenti rehat seketika dan semua ibu bapa/penjaga diberi penerangan berkaitan simpanan dan tabungan oleh En. Zulkipli bin Juri, Penolong Pengurus Bank Rakyat, Cyberjaya.


Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah, Ahli Dewan Negeri Dengkil. Beliau berharap PIBG dapat berganding bahu bersama pihak sekolah dan bersikap proaktif dalam meningkatkan akademik murid-murid SKPM. Beliau juga turut memberi sumbangan sebanyak RM5000 kepada PIBG bagi tahun 2019. Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Adhif Syan.










Pada jam 10.30 pagi, mesyuarat agung PIBG dimulakan. Berikut adalah agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44:
  1. Ucapan YPD PIBG
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43 oleh Setiausaha, En. Mohd Helmi bin Jumri.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2018/2019.
  4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2018 oleh En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki.
  5. Membahaskan usul-usul bertulis.
  6. Pembubaran AJK PIBG 2018/2019.
  7. Melantik Pengerusi sementara (Sebulat suara telah melantik Guru Besar).
  8. Memilih AJK PIBG sesi 2019/2020.
  9. Ucapan Penangguhan

Sebanyak 11 usul dan cadangan daripada pihak ibubapa dan 3 usul daripada pihak sekolah diterima dan dibawa  ke mesyuarat ini. Terdapat beberapa usul yang tidak dibahaskan kerana pencadang tidak hadir. 





Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2019/2020:
  
YDP
En. Azwan Hazle bin Aminuddin
NYDP
En. Helmi bin Isa
Setiausaha Kehormat
En. Mohd Helmi bin Jumri
Bendahari Kehormat
En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki
Juru Audit (1)
Pn. Noor Rashedah bt Mustafa
Juru Audit (2)
En. Rahim bin Salakin
AJK Ibu Bapa
Pn. Emilza bt Fuad
Pn. Zubaiti Mastura bt Zubit
Pn. Suzila bt Zainal Abidin
En. Muhamad Haniff bin Abdul Rani
En. Wan  Mohd Sufyan bin Ismail
En. Muhamad Fauzi bin Ahmad
AJK Guru
Tn. Hj. Sofian bin Abdullah
En. Gopi a/l Rangaya
Pn. Diana bt Mohd Yusoff
Pn. Norsuzila bt Bharudin
Pn. Rabiatul Adawidyah bt Idris

Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG sesi 2019/2020 atas lantikan tersebut.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.35 pagi. Tahniah pada semua atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke-44. 

Mohon maaf atas kekurangan dan kesalahan..
Terima Kasih semua.. 💛

No comments: