Monday, March 11, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11 SESI PETANG 2019

Tarikh   : 11 Mac 2019
Hari       : Isnin
Masa     : 3.40 - 4.10 petang
Tempat  : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:

  • Pn. Nor Izwah Binti Abdul Aziz
  • Pn. Nasibah Binti Sairi
  • Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI:
  • Pengerusi Majlis : Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Bacaan Doa : Zulhaziq Hakimi Bin Zulfan
  • Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya : Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
  • Ikrar Murid : Nur Qalesya Hannah Binti Norhelmi
  • Nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku. Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.




LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
  • Disampaikan oleh Pn. Norazmah Binti Che Omar.
  • Murid-murid diingatkan sekali lagi agar menjaga kesihatan sepanjang musim panas ini.
  • Murid-murid juga dilarang berlari ketika waktu rehat kerana dikhuatiri jatuh dan sebagainya.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
  • Disampaikan oleh Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh.
  • Tema pada minggu ini ialah "Akhlak Yang Mulia".
  • Guru menyatakan akhlak yang mulia meliputi akhlak kepada ibu bapa, guru, orang tua dan rakan sebaya.
  • Akhlak yang mulia ialah selalu bersyukur dengan nikmat Allah, taat perintah Allah, berkata jujur, selalu bersikap baik kepada orang lain dan sebagainya.
  • Justeru itu, murid-murid perlulah menanamkan akhlak yang mulia di dalam diri dan ia merupakan nilai murni yang perlu kita amalkan.
  • Pn. Saliza memperkenalkan barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ini.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
  • Disampaikan oleh Pn. Nor Saadah Binti Abdul Salim.
  • Murid-murid diingatkan agar menjaga akhlak dengan baik.
  • Murid-murid diingatkan agar mendengar segala arahan guru terutamaya ketika PDP dijalankan.
  • Murid-murid haruslah berpakaian kemas setiap masa.
  • Murid-murid juga diingatkan agar membawa air masak yang secukupnya.





***Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.




No comments: