Monday, March 11, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-11 2019 (SESI PAGI)

Tarikh   : 11 Mac 2019
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:

  • Pn. Norhalida bt Ishak
  • Pn. Nor Hanim bt Ismail
  • Pn. Suriatie bt Che Lah
  • En. Nordin bin Mat Hussin
  • Pn. Nor Suzila bt Bharudin

Aktiviti 

  • Pengerusi Majlis : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Ainun Nisa bt Kamaruzaman (6G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Naqib Zakwan bin Mohd Halimi (5G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Nordin bin Mat Hussin
  • Ikrar Murid : Nurzuhayra bt Mohd Zahran (5G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : En. Nordin bin Mat Hussin

Bacaan Doa, Ikrar Rukun Negara, Ikrar Murid dan Nyanyian Lagu

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:

  • Laporan disampaikan oleh Pn. Siti Juitah bt Ibrahim
  • Peringatan kepada murid supaya berhati-hati semasa melintas di jalan raya. Pastikan melihat kiri dan kanan sebelum melintas.
  • Murid juga diingatkan supaya tidak bermain dan bergurau semasa berada di jalan raya (kawasan luar pagar sekolah semasa menunggu kenderaan sebelum pulang).
  • Murid perlu sentiasa berjimat cermat semasa menggunakan air di tandas dan menjaga kebersihan tandas sebaiknya.
  • Buang air kecil di tempat yang sepatutnya dan mam tandas selepas digunakan.


Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh En. Nordin bin Mat Hussin
  • Tema pada minggu ini ialah "Akhlak Yang Mulia".
  • Akhlak yang mulia bermaksud sikap dan perangai yang baik dan disenangi oleh orang lain.
  • Akhlak yang baik datang dari diri sendiri. Akhlak yang baik akan mencerminkan sikap individu itu sendiri.
  • Contohnya: Murid yang berakhlak mulia akan sentiasa mendengar cakap orang yang memberi nasihat, tidak membuat bising di kelas semasa ketiadaan guru dan sentiasa menunjukkan sikap yang disenangi semua orang.
  • Murid-murid yang lebih besar (Tahap 2) perlu tunjukkan sikap yang baik kepada adik-adik (Tahap 1).

Penghargaan:
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Kelas 6 Wawasan dan 1 Cemerlang.

1 Cemerlang

6 Wawasan

Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran, En. Mohd Azmin bin Atan.
  • Pada hari Rabu (13 Mac 2019), semua murid akan mengikuti program yang dianjurkan oleh Pintar Foundation. Setiap kelas akan bergilir-gilir mengikuti program tersebut. 
  • Murid diingatkan supaya menjaga disiplin dan tingkah laku semasa mengikuti program tersebut.
  • Manfaatkan ilmu yang diperoleh semasa program tersebut.
  • Aktiviti SEGAK akan mula dijalankan sepanjang minggu ini.
                  Tahun 4 - Selasa
                  Tahun 5 - Khamis
                  Tahun 6 - Jumaat
  • Pada minggu hadapan bermula 18 Mac 2019, Ujian Formatif 1 akan dijalankan semasa Pdp. Tiada jadual yang dikeluarkan kecuali tahun 6. Murid diingatkan sentiasa bersedia sepanjang minggu hadapan.

Disiplin Murid: Baik dan Terkawal 


No comments: