Saturday, October 12, 2019

BULAN SUKAN NEGARA SKPM 2019



Sambutan  BULAN  SUKAN  NEGARA   2019  adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup sihat. Pelbagai aktiviti sukan dan  riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup kita.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.



Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.
Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam aktiviti-  
  aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti  
  dalam kalangan warga sekolah.

Sambutan Hari Sukan Negara SK Pulau Meranti telah dimulakan dengan acara senamrobik seluruh warga SK Pulau Meranti. Pelbagai gelagat dan aksi warga SK Pulau Meranti yang mencuit hati dapat dilihat apabila acara senamrobik ini dijalankan.

Selepas aktiviti senamrobik, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, bersesuaian dengan aktiviti yang telah dirancang. Bersesuaian dengan sambutan Hari Sukan Negara, beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan, antaranya:

  1. Merentas Desa oleh murid-murid Tahap 2.
  2. Larian Santai oleh ibu bapa dan komuniti.
  3. Sukan Rakyat Baling Tin oleh murid-murid Tahap 2.
  4. Sukan Rakyat oleh ibu bapa dan komuniti: Lari dalam Guni & Bawa Kelapa dalam Gelung
  5. Booth permainan berbayar: Sauk ikan, Memanah, Dart Magnet & Skuter Elektrik
Setelah selesai aktiviti Hari Sukan Negara ini, penyampaian hadiah telah disempunakan pula oleh YDP PIBG, En. Azwan Hazle Bin Aminuddin. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan khusus kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat atas kerjasama dan sumbangan buah fikiran, nasihat dan tenaga sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Negara 2019.

Laporan disediakan oleh:
Nurhafizah Bt. Udin

Pendaftaran




Pengacara Majlis Program Bulan Sukan Negara




Squad Senamrobik Bulan Sukan Negara








Gelagat Murid, Guru & Komuniti Semasa Senamrobik






Polis yang bertugas semasa Merentas Desa


Gelagat Semasa Merentas Desa






















Sukan Rakyat Murid






Sesi Penyampaian Hadiah













Jualan BKG



Booth Permainan








No comments: