Saturday, October 5, 2019

Program Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2020

Hari: Sabtu
Tarikh: 5 Oktober 2019
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SK Pulau Meranti





Program Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2020 pada hari ini 5 Oktober 2019 berjalan dengan lancar dan jayanya.

Hari orientasi dilaksanakan untuk murid tahun 1 dengan tujuan mewujudkan rasa mahu ke sekolah, memperkenalkan warga sekolah serta untuk mengeratkan perhubungan sesama murid dan warga sekolah. Penerangan yang jelas juga diberikan kepada ibubapa berkaitan peraturan sekolah, PBD, Program Transisi dan lain-lain lagi.

Matlamat Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada bakal murid-murid tahun 1 kepada alam persekolahan yang sebenar. Serta memberi penerangan kepada ibubapa mengenai hal ehwal sekolah. 

Hari Orientasi merupakan hari yang penuh bermakna dan bererti sekali terutamanya bagi murid-murid tadika atau prasekolah untuk melangkah ke alam persekolahan sebenar di Tahun 1. Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang menyesuaikan diri dan sentiasa lebih bersedia untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah.


Tentatif Program




Sesi Pendaftaran 











Taklimat aktiviti murid kepada guru - guru



Murid - murid berkumpul di dataran perhimpunan













Ucapan Perasmian & Taklimat Ringkas oleh Puan Guru Besar, Siti Habsah Binti Ahmad







 

Taklimat Kurikulum & PBD oleh PK Pentadbiran, En. Mohd Azmin Bin Atan




Taklimat Program Transisi Tahun 1 Sesi 2020 oleh Pn. Shurainee Hanim Binti Mohamad Nor



Taklimat Disiplin oleh En. Mohd Helmi Bin Jumri





Taklimat Buku Teks oleh GPK Hal Ehwal Murid, Datin Noraizah Binti Dun





Aktiviti Orientasi Tahun 1















 





No comments: