Monday, October 21, 2019

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE - 39 (SESI PAGI)

TARIKH : 21 Oktober 2019
MASA      : 7.30 pagi
TEMPAT: Dataran Perhimpunan


GURU BERTUGAS KUMPULAN 2 :
1. EN. MUHD NASRUL AFIQ
2. PN. NIRAWATY MOHD NOR
3. PN. NORJAYA SUMALEH
4. PN. MAZIANA MUSTAFAR
5. PN. SUGUNAH RAMAMOORTHY



KRONOLOGI & LENSA KAMERA :


Pengacara majlis yang ditugaskan, Pn.Nirawathy memastikan murid-murid berada di dalam keadaan bersedia sebelum majlis dimulakan. 




Seterusnya, pengacara menjemput semua guru dan murid berdiri tegak bagi menyanyikan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.Nyanyian lagu rasmi dipimpin oleh 3 orang pengawas bertugas, Amalin, Batrisya dan Raihana. Masing-masing merupakan murid dari kelas 4 Gemilang. 






Bagi memberkati majlis, Adik Mohd Nabil bin Mohd Nazri dari kelas 6 Gemilang kemudiaannya dijemput bagi mengimamkanbacaan doa.






Setelah bacaan doa selesai, aturcara majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara

Ucapan wakil guru bertugas minggu lepas, Cik Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar. Antara intipati laporan yang diketengahkan adalah jangan berlari pada waktu rehat, dan jaga kelakuan ketika peperiksaan nanti.


Perhimpunan ditangguhkan dengan cepat bagi memberi laluan pada Peperiksaan Akhir Tahun yang akan di laksanakan sepanjang minggu ini.

No comments: