Laporan Perhimpunan Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)
TARIKH :
14 Oktober 2019
MASA :
7.30 pagi
TEMPAT :
Dataran Perhimpunan
TEMA :
Budaya Membaca
GURU BERTUGAS KUMPULAN 4 :
1. En.
Mohd Syukur bin Abu Bakar
2. En.
Yusnizan bin Ahmad Marzuki
3. Pn. Wan
Sarinah binti Wan Ibrahim
4. Pn. Diana
binti Yusof
5.
Cik. Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar
KRONOLOGI & LENSA KAMERA :
Pengacara
majlis yang ditugaskan, Pn.Diana bt.Yusof memastikan murid-murid berada di
dalam keadaan bersedia sebelum majlis dimulakan.
Seterusnya, pengacara menjemput semua guru dan murid
berdiri tegak bagi menyanyikan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu
Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian
lagu rasmi dipimpin oleh 3 orang
pengawas bertugas, Amalin, Batrisya dan Raihana. Masing-masing merupakan murid
dari kelas 4 Gemilang.
Bagi memberkati majlis, Adik Mohd Nabil bin Mohd Nazri dari
kelas 6 Gemilang kemudiaannya dijemput bagi mengimamkan bacaan doa.
Setelah bacaan doa selesai, aturcara majlis diteruskan lagi
dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan
Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh guru bertugas, Pn.Diana.
Bacaan
Ikrar Murid yang diketuai oleh adik Aiza Aryana yang juga
merupakan murid 6 Gemilang.
Ucapan
wakil guru bertugas minggu lepas, Pn.Noni binti Said. Antara intipati laporan yang diketengahkan adalah berkaitan kehadiran
lewat murid ke sekolah, sikap mengambil enteng ketika loceng rehat dibunyikan
dan berkenaan permainan bola kertas yang kerap dilakukan murid ketika
berada di dalam kelas pada minggu tersebut. Teguran khas buat anak didik tahun 6 juga diberi agar mereka lebih menghormati
guru, tidak bermain di dalam kelas dan mematuhi peraturan berikutan masih
terikat dengan undang-undang sekolah.
Penerangan tema minggu ini yang merupakan Minggu Budaya Membaca diberikan oleh
Puan Diana. Bagi menggalakkan budaya membaca, beliau telah menyarankan supaya bacaan atas talian dan pencarian maklumat menerusi
pautan Google giat dilakukan.
Selain itu, beliau juga berpesan agar para murid memanfaatkan info-info yang disediakan waima digantung mahupun ditampal
khasnya pada susur laluan, dengan memandang dan membaca maklumat tersebut.
Encik Nordin telah berkongsi
maklumat mengenai acara RoboCamp yang telah diadakan.
Penyampaian sijil
penghargaan kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam acara
berkenaan juga telah dilaksanakan.
Di samping itu, demonstrasi
penggunaan kereta elektronik yang dicipta oleh murid juga telah dilakukan.
Penyampaian
penghargaan Kokurikulum diumumkan oleh Encik Syukur. Antara sijil
penghargaan yang disampaikan adalah kepada peserta yang mewakili sekolah dalam acara Tenis dan Scrabble.
Agenda diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar,
Puan Siti
Habsah binti Ahmad.
Perhimpunan kali ini diakhiri dengan ucapan penutupan dan pengumuman oleh guru bertugas kepada pemain
bola sepak tahun 4 dan 5 yang diminta untuk kekal berada di dataran perhimpunan
setelah majlis bersurai.
HARAPAN :
Tuntasnya, sekalung ucapan
terima kasih dirakamkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan perhimpunan
kali ini. Segala pengisian diharap dapat membakar semangat murid untuk berusaha
lebih maju dalam semua lapangan sekaligus memperbaiki sahsiah ke arah yang
lebih baik. Segala kekurangan turut didahulukan dengan ribuan kemaafan.
No comments:
Post a Comment