Monday, October 4, 2021

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DALAM FASA 3 PPN

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tuan/puan ibu bapa penjaga

 PEMBUKAAN SEKOLAH BERSEMUKA 

Merujuk ketetapan KPM berkaitan pembukaan sekolah bersemuka, sukacita dimaklumkan bahawa negeri Selangor telah berada dalam Fasa 3 PPN. 

1. Oleh yang demikian, sesi persekolahan bersemuka akan dibuka mulai 18 Oktober 2021 ( Isnin) 

2. Hanya  murid prasekolah sahaja yang terlibat  dengan kehadiran bersemuka ini. Sementara murid lain akan melaksanakan PDPR seperti biasa.

3. Murid digalakkan hadir ke sekolah dengan berpakaian sukan jika baju seragam sekolah telah tidak muat untuk dipakai. 

4. Bagi ibu bapa penjaga yang tidak membenarkan anak hadir ke sekolah, tuan/puan dipohon menyediakan surat makluman rasmi untuk rekod  pihak sekolah.

Pihak sekolah akan memaklumkan info terkini dari semasa ke semasa sebagai panduan semua pihak. 

Sekian, terima kasih 


No comments: