Friday, October 22, 2021

PERSEDIAAN PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH 3.0

 21 Oktober 2021, Khamis -  Guru kelas dan guru pembantu membuat persiapan dan persediaan untuk pengurusan dan pengoperasian sekolah 3.0. 

Tugasan-tugasan yang dilaksanakan oleh guru ialah :-

1. Meletakan tape pada kaki meja murid di bahagian hadapan.

2. Melabelkan meja murid mengikut kesesuaian guru kelas untuk menanda agihan kumpulan murid.

3. Menampalkan senarai nama murid yang telah diagihkan kepada 2 kumpulan A & B.

4. Menyusun meja murid dengan jarak 1 meter antara body ke body.

5. Memastikan buku kawalan kelas, bahan bercetak mengenai penjagaan kesihatan dan kebersihan dan info lima minit berkenaan kesihatan ada ditampal di dalam kelas.

6. Menanggalkan semua langsir dan skirting meja.

7. Mengemas dan menyusun segala barangan dalam kelas supaya nampak kemas dan tersusun.













No comments: