Monday, October 25, 2021

INFO PENGOPERASIAN BUKA SEKOLAH

Salam sejahtera

Tuan/Puan Ibu Bapa/Penjaga

 PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH 

Merujuk ketetapan KPM berkaitan pengoperasian pembukaan sekolah 3.0, Fasa 4 PPN,  sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka seperti ketetapan berikut;

1. Murid Tahap 1 ( tahun 1,2 dan 3)  mula bersekolah pada 1 November 2021. 

2. Murid Tahap 2 ( tahun 4, 5 dan 6 ) mula bersekolah pada 8 November 2021

Untuk makluman tuan/puan , 

1. Sesi persekolahan akan dilaksanakan secara 2 sesi , iaitu sesi pagi dan petang dengan mengikuti jadual PDP seperti biasa .

Namun demikian anak tuan/puan akan 

➡️ Hadir ke sekolah secara bergilir selang seminggu ( penggiliran akan dimaklumkan oleh guru kelas ) 

➡️Pada minggu tidak hadir ke sekolah, anak tuan puan akan melaksanakan pembelajaran sendiri di rumah dengan melakukan tugasan-tugasan yang dibekalkan oleh guru mata pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan.

➡️ Anak tuan/puan dibolehkan berpakaian sukan jika uniform sekolah sedia ada telah tidak sesuai untuk dipakai. 

➡️ Bagi ibu bapa/ penjaga yang tidak bersedia membenarkan anak hadir ke sekolah, surat makluman rasmi perlu disediakan dan duserahkan kepada pihak sekolah  untuk tujuan perekodan. 

➡️ Kehadiran anak tuan/puan masih tertakluk kepada pematuhan SOP sedia ada. Oleh yang demikian, pastikan anak tuan/puan telah lengkap memakai pelitup muka sebelum hadir ke sekolah. Jika anak didapati tidak sihat, kehadiran ke sekolah tidak digalakkan. 

Sekian, terima kasih.

No comments: