Wednesday, October 20, 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 46/2021

19 Oktober 2021, Selasa - SK Pulau Meranti telah melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG SKPM kali ke - 46 di atas talian googlemeet bermula pukul 10.00 pagi. Ibubapa/ penjaga, guru dan AJK PIBG mendaftar kehadiran di link yang diberikan oleh SU PIBG diruangan chat. Majlis dimulakan dengan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Sofian Bin Abdullah. Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn. Siti Habsah Bin Ahmad.
  • Pn. Guru Besar menyampaikan ucapan Salam Maulidur Rasul dan mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa.
  • Seterusnya beliau menerangkan mengenai pengoperasian pembukaan sekolah dalam fasa 4, bagi tahap 1, iaitu tahun 1, 2 dan tahun 3 sekolah akan bermula pada 1/11/2021, manakala bagi tahap 2 iaitu tahun 4 , 5 dan tahun 6 sekolah akan bermula pada 8/11/2021. 
  • Beliau juga memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan dilaksanakan seperti biasa iaitu 2 sesi dengan mengikuti jadual PDP sebelum cuti PKP.
  • Beliau juga memaklumkan bahawa murid akan ke sekolah secara bergilir selang seminggu dan maklumat lanjut mengenai pengiliran, guru kelas akan jelaskan di whatsapp group kelas.
  • Beliau juga memaklumkan bagi murid yang hadir ke sekolah akan mengikuti PDP semuka dan bagi murid yang bergilir tidak hadir akan mengikuti pembelajaran kendiri di rumah dengan tugasan yang dibekalkan oleh guru subjek.
  • Beliau juga memaklumkan bahawa murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan sekiranya pakaian seragam sekolah tidak kesesuaian.
  • Pn. Guru Besar memohon kerjasama ibubapa yang belum sedia untuk membenarkan anak hadir ke sekolah, diminta serahkan Surat Makluman Rasmi kepada pihak sekolah bagi tujuan pengekodan.
  • Beliau juga meminta jasa baik ibubapa/penjaga supaya jangan hantar anak ke sekolah sekiranya anak tidak sihat atau bergejala serta pastikan anak hadir ke sekolah dengan pelituip muka.
  • Beliau juga mengingatkan ibubapa bahawa, ibubapa/penjaga yang melengkapi 2 dos vaksin sahaja dibenarkan masuk kedalam kawasan sekolah.
  • Dan akhirnya beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang beri sokongan dan tidak terlupa juga kepada penyumpang-penyumbang. Pihak sekolah akan teruskan proses memasang kipas dan Smart tv selepas pembukaan sekolah.
Seterusnya Ucapan YDP PIBG sesi 2020/2021, En. Azwan Hazle Bin Aminuddin. Beliau berterima kasih atas segala kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan dan ibubapa dan beliau rasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke - 46.



















Berikutan merupakan senarai AJK PIBG sesi 2021/2022

PENASIHAT

PN. SITI HABSAH BT AHMAD

YANG DIPERTUA

EN. AZWAN HAZLE BIN AMINUDDIN

NAIB YANG DIPERTUA

EN. HILMI BIN ISA

SETIAUSAHA

EN. MOHAMAD HELMI BIN JUMRI

BENDAHARI

PN. RABIATUL ADAWIYAH BT IDRIS

JURU AUDIT (1)

PN. NOOR RASHEEDAH BT MUSTAFFA

JURU AUDIT (2)

EN. ABDUL RAHIM BIN SALIKIN

AJK IBU BAPA

1.      EN. MUHAMMAD FAUZI BIN AHMAD

2.      EN. MOHD HANIFF BIN ABD RANI

3.      EN. NORAZLI BIN OSMAN BASAH

4.      PN. ZUBAITI MASTURA BT ZUBIR

5.      PN. SUZILA BT ZAINAL ABIDIN

6.      PN. EMILZA BT FUAD

AJK GURU

1.      PN. DIANA BT MOHD YUSOFF

2.      TN. HJ. SOFIAN BIN ABDULLAH

3.      EN. R. GOPR RANGAYA

4.      PN. NUR SUZILA BT BHARUDIN


 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Tahniah pada semua atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke - 46.

Mohon maaf atas kekurangan dan kesalahan...
TERIMA KASIH SEMUA  :)

No comments: