Monday, May 20, 2024

GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI



SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2024

HARI : KHAMIS

TARIKH    : 16 MAC 2024

Hari guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah, tetapi juga para pelajar. Tema Hari Guru  2024 "GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI MADANI" dipilih adalah bagi menyokong salah satu daripada 7 Teras Nadi Keunggulan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah, untuk memastikan murid dapat menghadapi cabaran dunia digital dengan lebih baik.

Dengan itu, warga SK Pulau Meranti juga tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan ini di peringkat sekolah. Bertemakan "back to school", guru-guru memberikan komitmen yang sangat baik dalam menjayakan sambutan ini.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Abdul Hadi bin Abdullah, Nazir Masjid Meranti dan Yang Berbahagia Encik Muhammad Fauzi bin Ahmad, Ketua Kampung Pulau Meranti atas kesudian memenuhi jemputan bagi memeriahkan sambutan hari guru di SK Pulau Meranti.

Pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dalam memeriahkan Sambutan Hari Guru. 

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid-murid. Semoga tuhan memberkati kita semua.

Guru- guru sesi petang dengan tema "back to school"

Guru-guru sesi pagi dengan tema "back to school"

Kek sumbangan dari Bank Rakyat

Sumbangan kek dari YB Athirah Aiman

Geng "budak sekolah"

Ikrar Hari Guru

Puan Guru Besar memotong kek sumbangan dari Ketua Kampung, Encik Fauzi

"Selamat Hari Guru"

Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia"






No comments: