Monday, May 20, 2024

LAPORAN BERTUGAS SESI PETANG MINGGU KE-11

TARIKH         : 20 - 24 MEI 2024

MINGGU       : KE-11

TEMA            : BEKERJASAMA

KUMPULAN  : KUMPULAN 5 

 

GURU BERTUGAS:

1. PN. AZILAH BINTI MARUDIN (KETUA)

2. PN. NORSALIZA BINTI ABD GHANI

3. PN. SHARIFAH NURUL HAFIZAH BINTI SYED OMAR

4. PN. YUSNUR AIDA BINTI YUSOF

5. EN. MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS 


PERHIMPUNAN RASMI 

Tempat : Dataran berbumbung

Masa : 5.50-6.15 petang


Ucapan guru bertugas : Pn. Azilah binti Marudin

1. Mengumumkan kepada murid bahawa sekolah akan bercuti sempena Hari Wesak pada hari Rabu (22 Mei 2024).

2. Sekolah juga akan bercuti sempena Cuti Pertengahan Penggal Satu yang bermula pada minggu hadapan.

3. Murid diingatkan untuk menjaga diri semasa cuti.


Ucapan bagi unit bimbingan dan kaunseling, Ustaz Noramaluddin bin Md Yusoff


1. Mengingatkan murid tentang disiplin semasa waktu datang sekolah

-datang ke sekolah sebelum pukul 1.00 petang

-tunggu di tempat sepatutnya

-tidak bermain di kawasan longkang dan jalan


2. Mengingatkan murid tentang disiplin waktu rehat

-tidak bermain di kawasan larangan

-menjaga perilaku diri, tidak mengambil duit kawan atau memeras ugut murid lain

-beratur selepas bunyi loceng dan bergerak ke kelas mengikut barisan



3. menasihati murid untuk menjaga barang sendiri

-menghargai pemberian ibu bapa 

-tidak meninggalkan botol minuman merata-rata



4. Mengingatkan murid untuk membawa duit ke sekolah mengikut keperluan sahaja

-dicadangkan tidak lebih RM5 untuk perbelanjaan harian







TUGASAN SEPANJANG MINGGU INI:

1. Memantau pergerakan murid-murid di pintu masuk pagar sekolah bermula pada jam 12.30 tengahari.

2. Memantau dan mengawal pergerakan murid ketika rehat di dataran berbumbung dan kantin.

4. Murid-murid dibenarkan memakai pakaian baju tshirt, seluar track dan berkasut sekolah sepanjang musim panas ini selaras dengan surat siaran KPM. Murid-murid digalakkan memakai uniform sekolah pada hari Isnin. 

5. Mengawal perjalanan murid sewaktu pulang dari sekolah dengan diiringi oleh guru mata pelajaran terakhir.

6. Sentiasa mengingatkan murid-murid mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan.

7. Memastikan semua murid pulang dan diambil penjaga pada waktu yang ditetapkan.









No comments: