Saturday, May 25, 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU MERANTI

 SABTU 25 MEI 2024, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKPM kali ke-49 bertempat di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti.

https://anyflip.com/rxwuu/clhe/



Ibu bapa / penjaga, guru dan AJK PIBG mula mendaftar seawal jam 8.00 pagi di dataran berbumbung SK Pulau Meranti.






Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, seterusnya bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz  Noramaluddin.












Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn. Norlita binti Ramli. Dalam ucapan tersebut, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir, yang mana kehadiran ini menunjukkan komitmen ibu bapa terhadap prestasi dan kemajuan anak-anak. Selain itu, beliau juga mengharapkan kerjasama yang padu daripada PIBG dan ibu bapa dalam membantu memperbaiki prasarana sekolah dan akademik anak-anak.



Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh YDP PIBG sesi 2023/2024, Encik Azwan Hazlee bin Aminuddin. Beliau menjelaskan PIBG telah memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit, tenaga dan idea. PIBG mengalu-alukan kepakaran ibu bapa dalam membantu anak-anak di sekolah dalam bidang akademik dan lain-lain. 



Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah pusingan pertama.  10 orang pemenang telah menerima hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Raihan binti Md Faissal.











Acara penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2023/2024 disempurnakan oleh Guru Besar, Pn. Hajah Norlita binti Ramli.


















Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah pusingan kedua.  10 orang pemenang telah menerima hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Parimala a/p Vengadaslam.
















Pada jam 10.00 pagi, mesyuarat agung PIBG dimulakan. Berikut adalah agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49:
  1. Ucapan YPD PIBG
  2. Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 oleh Setiausaha, En. Mohd Helmi bin Jumri.
  3. Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2023/2024.
  4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023.
  5. Membahaskan usul-usul bertulis.
  6. Pembubaran AJK PIBG 2023/2024.
  7. Melantik Pengerusi sementara (Sebulat suara telah melantik En. Azwan Hazlee).
  8. Memilih AJK PIBG sesi 2017/2018.
  9. Ucapan penangguhan.



















Berikut merupakan senarai AJK PIBG sesi 2024/2025:

YDP
En. Azwan Hazlee b. Aminuddin
NYDP
Pn. Noor Aisha bt. Salleh Kamal
Setiausaha Kehormat
En. Mohd Helmi b. Jumri
Bendahari Kehormat
Pn. Rabiatul Adawidyah
Juru Audit (1)
Pn. Shurainee Hanim
Juru Audit (2)
Pn. Ririnsanra bt. Risnaldi
AJK Ibu Bapa
En. Zulkifli b. Ahmad
En. Mohd Hatta b. Zainal Abidin
Pn. Sharifah Salwa
En. Irwan b. Md. Zin
En. Muhd Haniff b. Abd Rani
Pn. Roziana bt. Abd Rahman
AJK Guru
En. Ridzuan Amir
Pn. Haniza bt Zakaria
En. Farhan
En. Shamsoe Riza
Pn. Nirawaty







Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG sesi 2024/2025 atas lantikan tersebut. Majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah pusingan ketiga yang disampaikan oleh PK HEM, En. Muhamad Samsolri bin Ismail. 











esyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi kemudiannya disudahi dengan sesi bergambar barisan kepimpinan PIBG sesi 2024/2025.




 

No comments: